Evolusi Travel Trunk Louis Vuitton

Evolusi Travel Trunk Louis Vuitton

Bagasi Louis Vuitton ternyata cukup sinonim dengan jenama mewah itu. Pelbagai pilihan rekaan, bentuk serta bahan yang digunakan kini menjadi pilihan. Semuanya bermula pada tahun 1858 apabila pengasas label itu, Louis Vuitton, memperkenalkan trunk atau dikenali sebagai “malle” di Paris.
 

History_TrunkTrianonGambar: Louis Vuitton

 
The Trianon Canvas 1858 – 1876
Diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1858 di Perancis, trunk sulung Louis Vuitton dibaluti kanvas Trianon kelabu ini mencipta fenomena sendiri kerana reka bentuknya yang rata di bahagian atas serta bawah. Jika sebelum ini trunk kebiasaanya direka dengan bentuk bulat pada bahagian atas, inovasi trunk Vuitton ini memberi lebihan ruang pada barang yang dibawa serta memudahkan lagi proses pengangkutan.
 

History_TrunkRayeeGambar: Louis Vuitton

 
The Rayee Canvas 1872 – 1888
Bagi mengelakkan peniruan pada rekaan trunk tersebut, kemasan kanvas Trianon kelabu ditukar kepada kanvas jalur merah dan putih pada tahun 1872. Transformasi pada trunk Vuitton terus  dilakukan pada tahun 1876 apabila kanvas jalur berona kuning dan coklat mula diaplikasikan pada trunk tersebut. Kedua-dua trunk ini dinamakan Rayee canvas atau dalam bahasa Perancis digelar “Striped” canvas. Rayee canvas terus digunakan sehinggalah Damier canvas mula diperkenalkan pada tahun 1888.
 

See also
The New Raya

History_TrunkDamierGambar: Louis Vuitton

 
The Damier Canvas – 1888 hingga kini
Kanvas Damier mula diperkenalkan pada tahun 1888 untuk terus melindungi rekaan trunk daripada peniruan. Rekaan klasik kanvas Louis Vuitton Damier hadir dalam dua rona, yakni rona merah yang jarang ditemui (motif titik berona merah gelap berlatar belakangkan rona coklat gelap) serta motif checker berona putih dan coklat terang serta gelap. Di dalam setiap trunk diletakkan “marquee L. Vuitton depose” yang diterjemahkan kepada “L. Vuitton trademark”. Kanvas Damier ini masih lagi digunakan sehingga ke hari ini.
 

History_TrunkMonogramGambar: Louis Vuitton

 
The Monogram Canvas – 1896 hingga kini
Sementelah kematian Louis Vuitton pada tahun 1892, syarikat tersebut dinaung oleh anak lelakinya, Georges Vuitton. Visi Georges adalah untuk membangunkan syarikat tersebut menjadi suatu jenama mewah yang penuh ikonik dan prestij. Maka pada tahun 1896, dia memperkenalkan rekaan signature kanvas LV Monogram, namun Monogram yang pertama hanya dijual pada tahun berikutnya iaitu 1897. Simbol Monogram tersebut iaitu motif bunga dan corak daun quatrefoil merupakan trend rekaan Oriental lewat era Victoria. Ianya cukup dikenali di serata dunia dan merupakan rekaan kanvas yang paling banyak digunakan oleh syarikat itu.
 

See also
Tahniah! Kenali Yana Najib, Anak Perempuan Najib Razak Penerima Ijazah Sarjana Dari Harvard

History_TrunkVuittoniteGambar: Louis Vuitton

 
The Vuittonite Canvas – Perubahan Abad
Hadir dalam rona hitam, coklat, kuning dan oren, Vuittonite canvas menyaksikan perubahan pada rekaan trunk Louis Vuitton apabila abad ke-20 mula menjelma. Ianya terus digunakan sehingga ke era 1920-an. Trunk ini turut hadir dalam rona berbeza. Pada awal abad ke-20, seorang dermawan Perancis memesan khas trunk Vuittonite rona merah bagi tujuan mengangkut peralatan fotografi miliknya. Trunk tersebut dibawa ke India bersama dua jurugambar bagi merakam kehidupan maharaja serta rakyat jelata di sana.
 

History_TrunkCuirGambar: Louis Vuitton

 
Penggunaan Material Khusus – Lewat Abad ke-19 hingga kini
Dari abad ke-19 hingga kini, Louis Vuitton terus kreatif dalam penggunaan bahan material bagi menghasilkan rekaan pesanan khas. Antara bahan yang digunakan termasuklah zink, tembaga, kayu, kanvas serta pelbagai jenis kulit seperti kulit lembu asli, buaya, gajah dan ular. Penggunaan kulit binatang ini kemudian dinamakan Grained Leather, Morocco Leather, Nomade Leather, Taiga Leather dan Suhali Leather oleh Louis Vuitton.
 
 
 

See also
Gaya Olivia Rodrigo, Pencetus Inspirasi Fesyen Gen Z!