Destinasi Unik Musim Bunga

Destinasi Unik Musim Bunga

Oleh: Yusairi Fitri
 
Sama ada merancang untuk berkelah di bawah rimbunan bunga sakura yang mekar ataupun menjamu pemandangan indah di Korea lakukannya dengan penuh gaya. Tidak kira bagaimana cara anda menikmatinya, GLAM cadangkan anda singgah ke destinasi unik bagi meraikan kedatangan musim bunga.
 
Shinjuku_Gyoen_National_Garden_-_sakura_2
 

Taman Nasional Shinjuku Gyoen

Tradisi hanami adalah saat penting dinantikan masyarakat Jepun. Taman Nasional Shinjuku Gyoen bagaikan syurga dunia menjelang musim bunga. Keindahan semula jadi berjaya membuat pandangan anda terpaku dengan ribuan pohon ceri yang sarat dengan pelbagai  spesies. Terletak di antara Shinjuku dan Shibuya, taman ini cukup popular. Taman seluas 58.3 hektar ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu French Formal menempati bahagian utama, English Landscape pada bahagian utara manakala Japanese Traditional di bahagian selatan. Menjelang musim bunga, lautan manusia menjadi satu fenomena  yang luar biasa. Bertemankan tasik yang luas dan jambatan dalam rekaan tradisional Jepun, berkunjung ke sini akan merakamkan memori terindah. Hotel bertaraf lima bintang  seperti Hotel Park Hyatt, The Ritz-Carlton, The Capitol Tokyu serta Grand Hyatt yang menempati persekitaran taman ini bersedia memberikan layanan termewah jika anda menginap di hotel mereka.

See also
NYFW: Kolaborasi Kanye West dan Adidas

 

img_9976Gambar: roseeyeview

 
Taman Ueno
Dikenali sebagai Ueno Koen oleh penduduk tempatan, Taman Ueno memiliki keistimewaan tersendiri. Berbeza dengan  Taman Nasional Shinjuku Gyoen, ia lebih bersifat spiritual serta multi fungsi kerana di sini terdapatnya rumah ibadat yang dikenali sebagai Kaneiji Temple. Terletak di tengah-tengah kota Tokyo yang penuh dengan hutan konkrit, Taman Ueno turut  mendapat tempiasnya. Bangunan seperti Tokyo National Museum, National Museum For Western Art, Tokyo Metropolitan Art Museum, National Science Museum serta Zoo Ueno ditempatkan strategik sekitar taman. Aktiviti hanami menjadi aktiviti riadah wajib pada penduduk sekitar Tokyo kala musim bunga. Di sini hampir 1000 pokok ceri menanti anda di sepanjang laluan utama taman.
 
1-111
 
Jinhae, Selatan Korea.
Musim bunga di Korea nyata menjanjikan sensasi yang berbeza. Jika di Jepun bunga sakura segar dengan warna merah jambu namun di sini ia berona keputihan. Jika kesempatan berkunjung ke Korea pada Mac dan Apil, anda dipanah pesona kala menatap hampir 220,000 pokok ceri yang sarat memekarkan bunga sakura. Bandaraya Jinhae seolah tenggelam  dalam lautan bunga. Selain itu, terdapat tiga lokasi utama yang tidak kalah popular iaitu Anmin Road, Jehwangsan Park, dan Naval Base. Mahukan sesuatu yang romantis, luangkan masa menjelajah Jehwansan Park. Di sini anda berpeluang menjejakkan kaki di jambatan Ilyeon Gyedan (one year stairway). Jika bernasib baik, kelopak bunga sakura akan menghujani anda kala angin bertiup. Manakala di Anmin Road pula, anda berpeluang berjalan kaki di sejauh 3.5 kilometer menyusuri terowong buatan daripada ranting pokok ceri yang rimbun.
 
 

See also
Rai Hari Lautan Sedunia Bersama La Mer Blue Heart