Nora Khalid

Nora Khalid

Nora Khalid3
 
Penata Gaya: Suzie Adnan
Arahan Seni: Ashura Hakim
Penyelaras & Teks: Zuhairie Sahrom
Gambar: Vincent Paul Yong/Verve Studio
 
THE COFFEE CONNOISSEUR, ITULAH UNGKAPAN PALING TEPAT BUAT NORA KHALID, YANG BERGELAR PENGARAH KREATIF MERANGKAP PENGASAS BERSAMA WHISK. IKUTI OBSESINYA PADA KOPI SELAIN FESYENNYA YANG MENJADI INSPIRASI.
 
 
Ada apa dengan secawan kopi? Bagi penggemar-penggemar kopi, mungkin aromanya mampu menenangkan dan membangkitkan jiwa tatkala diri tidak keruan. Pastinya ada penulis yang gemar berkarya tika di tengah malam hari bertemankan bersama secawan kopi mahupun sekotak rokok. Biarpun saya bukan penggemar tegar kopi, menghirup secawan kapucino mampu menyuntik tenaga agar lebih cergas tika fikiran mula lesu untuk terus fokus hingga ke malam hari. Kafein yang terkandung di dalamnya membantu tubuh untuk bangkit daripada keletihan, sekaligus meningkatkan tahap kecerdasan mental.
 
Usai sahaja sesi fotografi kami mengikat janji, ingin bertemu keesokkan hari bagi tujuan sesi temu bual. Masih segar tebayang di ingatan saat pertemuan kali pertama bersama Nora Khalid di studio Verve milik jurugambar Vincent di Lake Fields, Sungai Besi. Suasana di perkarangan studio agar hambar dek kesunyian yang melanda tetapi berubah serta merta pabila Nora tampil memberi salam, memecah keheningan saat sinaran matahari hangat memancar.
 
Sehari sebelum hari penggambaran, kami sempat berbual menerusi telefon dan meminta Nora agar hadir membawa persalinan daripada koleksi peribadi sendiri. Daripada helaian pakaian hingga ke kasut dan aksesori, dia bijak mengikuti perkembangan fesyen. Sememangnya cita rasa dia dalam berfesyen harus disanjung tinggi kerana baju yang tergantung di rak kami tiada setanding dengan gantungan helaian di dalam geroboknya. Hadir serba ringkas hanya mengenakan kemeja labuh yang dipadankan bersama sweatpants sambil tangannya sarat menjinjing garment bags, berisikan himpunan pakaian terbaru dari koleksinya. “Guys, I’m pretty sure that I’m not good at posing for the camera like runaway models, ya!” ujar Nora sambil ketawa membuka bicara.
 
Wanita dan Perniagaan
Aura positif dalam dirinya dapat dilihat jelas, dia seorang usahawan  yang sangat optimis dan penuh dengan karisma. Lembut sahaja tutur bicaranya namun penuh kebijaksanaan dan merendah diri. Biarpun bidang kerja yang rata-ratanya dikuasai oleh kaum lelaki, saya percaya dan yakin dialah wanita yang saya inginkan bagi mengisi ruangan personaliti untuk bulan ini. Penglibatannya dalam dunia perniagaan sudah menjangkau hampir empat tahun. “Saya dilahirkan di Kuala Lumpur. Sementara itu membesar sepenuhnya di Shah Alam dan merupakan anak kedua dari tiga beradik.” Katanya memperkenalkan diri.
 
Nora mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Assunta dan ketika berusia mencecah 16 tahun dia berpeluang untuk melanjutkan pelajarannya ke sekolah berasrama penuh di United Kingdom. Graduan dari Parsons School of Design, di New York ini mempunyai ijazah di dalam jurusan  Design and Management.
 
“I wanted to be in New York since the beginning. Walaupun ibu tidak membenarkan saya untuk pergi atas faktor usia dan bersendirian pada ketika itu.” Ujarnya. “I love taking new adventures. Dan hidup sebagai seorang pengembara itu sangat indah, penuh dengan warna warni kehidupan ibarat saya yang mencorakkannya dengan ciptaan yang tersendiri.” Kata Nora tersenyum manis.
 
Sambungnya lagi, “My take on seeing the world? Be a traveler, not a tourist. Kerana pengalaman pengembaraan itu akan menjadi lebih berharga dan memori abadi senantiasa kekal di hati. Bukankah itu seharusnya menjadi titik keseluruhan pengembaraan anda?”
 
Bila berbicara mengenai kopi, Nora seolah-olah tidak boleh berhenti daripada memberikan butir-butir bicara yang penuh dengan infromasi terperinci. Daripada petani biji kopi hingga ke proses penyediaan, segalanya dikupas satu per satu. “Just remember, high quality beans should be roasted with equal amount of care and then cared for by baristas with the same amount of attention to detail.” Menjawat jawatan sebagai pengasas bersama dan Pengarah Kreatif di Whisk, perniagaan yang dimiliki Nora dikongsi bersama adik-adiknya. Kedai kopi yang berkonsepkan speciality coffee bar ini menjadi perintis yang menghembus nafas moden kepada coffee society kota.
 
Nora Khalid2
 
Untuk pengetahuan pembaca, kesemua kek dan macaroon yang dijual di Whisk adalah buatan sendiri.“We bake the cakes and macaroons oursleves as a main to expreess our love for baking. Kami amat menitik beratkan pelbagai akspek terutama dari segi kualiti produk yang kami hasilkan. Apa yang kami mahukan adalah setiap pelangggan berpuas hati dengan pembelian mereka walaupun berharga sepuluh ringgit.”
 
Kini kedai kopi miliknya sudah mempunyai dua buah cawangan, yang pertama dibuka sekitar awal tahun 2010 yang diberi nama Whisk Espresso Bar and Bake shop bertempat di Empire  Shopping Gallery, Subang Jaya manakala cawangan kedua, Whisk Outpost dibuka pada lewat tahun 2011 di Pusat Beli-Belah One Utama.
 
Hari berlarutan hingga ke petang, terkadang teralpa bila mendengar butir bicara Nora mengenai fesyen. Seronok sekali bila berbicara mengenai fesyen bersama Nora, intipati bicaranya sungguh padat dengan persepsi dan pandangan yang jujur. “Saya meminati helaian pakaian dari label Isabel Marant, Rick Owens, Acne dan The Row untuk dipakai harian. Manakala Zimmerman, Eres dan Lisa Marie Fernandez untuk pakaian renang. Saya seorang yang berjiwa bebas,” itulah gambaran yang boleh mendefinisikan gaya peribadi Nora Khalid tatkala selesa mengenakan seluar jean dan baju-T. Tambahnya lagi, tugas hariannya di dalam menguruskan kafe Whisk menuntut Nora untuk bergerak lebih aktif ke sana sini di dalam persalinan yang ringkas.
 
Nora Khalid
 
Fashion Foward
Selain itu, Nora juga pengumpul dan peminat setia barangan vintaj. Kata Nora, kebanyakan koleksi barangan vintaj dibelinya di Decades Inc yang terletak di Los Angeles sekaligus membuatkan pemiliknya menjadi teman rapat Nora. “Adakalanya kami bertemu di minggu fesyen atau majlis sosial di Paris.” Lihat saja koleksinya yang tidak lekang dengan barangan fesyen vintaj, mungkin gantungan himpunan pakaian mahupun aksesori Nora sebesar gerobok Carrie Bradshaw di penthouse Mr. Big?
 
Sememangnya dia memiliki cita rasa yang tinggi di dalam berfesyen dan ini menguatkan lagi stail peribadinya yang bersifat bebas! “Saya juga menghormati dan menghargai helaian pakaian dari Celine ke Balmain hingga ke Dior,” tambahnya lagi. Bila bertanyakan hubungannya dengan couturier Indonesia yang mementaskan himpunannya di Paris saban musim, Didit Hediprasetyo, dia menjawab mesra. “Kami mengenali antara satu sama lain ketika menuntut di Parsons dan ikatan kami saling tidak tumpah seperti adik beradik! Saya menganggap dia sebagai adik kandung sendiri kerana kami agak rapat dan dia sebagai seorang pereka fesyen yang sedang hangat menempa nama. Sudah semestinya perlu diberikan perhatian dan koleksi adi busananya dipersembahkan indah.”
 
Nasihat Nora bagi wanita yang ingin menceburi bidang perniagaan, “Sebenarnya saya belum mampu dan berada di posisi untuk memberi nasihat, hanya untuk dikongsikan bersama. Just stay true to yourself, beranikan diri, perbanyakkan usaha dan fokus ketika bekerja. Let the products speak for themselves. Your job is merely to create, and then to deliver that promise. When that promise is delivered with a high level of consistency, people will patron and support your business.”
 
Nora di kalangan sahabatnya, terkenal dengan obsesi dalam mengumpul helaian kot bulu. “Saya mengilai rekaan-rekaan kot bulu daripada jenama Yves Solomon kerana mereka adalah furrier yang tersohor di Paris. Malah rumah fesyen ini menawarkan aneka jenis material daripada pelbagai jenis bulu. Namakan sahaja, dari fox ke mink hingga ke chinchilla. Jujur saya katakan, tiada masalah bagi saya untuk menggayakan helaian kot bulu selagi haiwan-haiwan ini tergolong dalam haiwan ternakan dan terpelihara.”
 
Di kala mengembara ke negara empat musim dia sebaiknya memastikan akan membawa sehelai kot bulu kerana khuatir akan perubahan cuaca lebih-lebih lagi tika di musim sejuk. Tambahnya lagi kot bulu mampu memanaskan suhu badan tanpa menggayakan atau memakai banyak lapisan baju yang boleh menampakkan susuk badan kelihatan lebih besar.
 
Leka berbual tidak sedar sudah hampir dua jam masa berlalu. Keramahannya membuat saya selesa dan larut mendengar isi kandungan ceritanya. Sebelum pulang, wanita yang sudah mengikat tali pernikahan selama tiga tahun bersama suami tercinta, Muhammad Yassar Datuk Hamzah ini sentiasa kekal aktif dan produktif di dalam kehidupan sehariannya. Itulah tip kesihatan tubuh badan untuk lebih sihat dan cergas serta pemikiran tampil lebih cerdas.
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Mei 2014
 
 

See also
The Power of Love Diane Von Furstenberg