Cool Dad – Hisyam Hamid

Cool Dad – Hisyam Hamid

HisyamHamid2Gambar: Arkib GLAM Junior

 
Ikuti soal jawab bersama pelakon ini mengenai cahaya matanya, Nurish Syameliah dan Hayden.
 
Pengalaman manis bergelar seorang bapa?
Melihat anak-anak membesar. Daripada mendukung mereka ketika bayi sehingga menghantar mereka ke sekolah dan melihat mereka melakukan aktiviti-aktiviti seperti Nurish memasuki pertandingan menghafal surah Yaasin dan Hayden membuat persembahan di konsert sekolah memang detik-detik yang menyentuh sangat.
 
Perasaan kala pertama kali menyambut kelahiran?
Sebaik saja saya melaungkan azan di telinga anak saya, air mata dengan sendirinya mengalir. One of the best feelings ever.
 
Persamaan watak si kecil dengan anda?
Senyuman dan kuat buang angin.. hehe.
 
Bila si kecil besar kelak…
Saya enggan fikirkannya buat masa sekarang. I want to enjoy every moment with them while I still can.
 
Pengorbanan terbesar sebagai seorang bapa?
Meninggalkan Nurish sewaktu berusia beberapa bulan, kerana menjalani kursus selama enam bulan untuk menjadi anggota bomba sepenuh masa. Pulang pada setiap hujung minggu, satu detik yang amat sukar. Dan kini it seems history is repeating itself kerana mereka sering ditinggalkan di Singapura apabila saya ke Malaysia atas tuntutan kerjaya.
 
Telatah si kecil yang paling menambat hati anda?
Nurish is good at sensing. Contohnya kalau kami sedang berdepan dengan salah faham, dia akan menjadi tukang pujuk. Kadang-kala dia akan mengambil tangan saya dan tangan ibunya dan dan meminta kami memegang tangan masing-masing. Hayden jika bersalah, dia akan membuat mimik muka yang comel dan berkata,”Ayah, don’t scold Hayden ok.” Saya lemah dengan cara mereka pujukan mereka.
 

See also
Pupuk Kreativiti Si Kecil

HisyamHamidGambar: Arkib GLAM Junior

 
Anda cerewet mengenai?
Makanan. Jika makanan tidak mencapai kualiti yang dikehendaki, saya akan menjadi irritated.
 
Bagaimana anda menghabiskan masa kualiti bersama si kecil?
Membawa mereka keluar jalan-jalan, ke tepi pantai atau ke sesuatu tempat yang kita boleh membuat sebuah aktiviti bersama. Jika tidak kami hanya menghabiskan masa di rumah menonton tv.
 
Kenangan lucu sewaktu isteri sarat hamil?
Isteri mengidamkan buah laici segar dan waktu itu sukar untuk mendapatkannya. Cukup mencabar tapi Alhamdulillah, saya berjaya mendapatkannya.
 
Nasihat terbaik pertama kali menjadi bapa?
This will be the time where your wife needs you the most. Saya harus bersiap sedia untuk bantu dia sebanyak mana yang mungkin. Dari segi esmosi dan fizikal perlu seiring.
 
Orang tua mengajar saya menjadi…
Seorang yang tidak mengharapkan dan menyusahkan orang lain. Saya harus bekerja keras untuk keluar daripada situasi sukar. Paling penting, keikhlasan.