Majlis pelancaran Dior Beauty Boutique di Pavilion Kuala Lumpur yang berlangsung pada 16 Jun lalu dimeriahkan lagi dengan pelancaran La Collection Privee, wangian rangkaian eksklusif dari Dior. Haruman La Collection Privee penuh tersendiri, dihasilkan menerusi buatan tangan dengan komposisi ramuan terpilih serta bahan-bahan berkualiti tinggi. Hasilnya aroma sofistikated sesuai untuk pria dan juga wanita.
Kehadiran selebriti serta personaliti ternama tanah air seperti Tasha Shilla, Sazzy Falak dan Keith Foo meyemarakkan lagi suasana. Lihat foto eksklusif sekitar langsungnya majlis.
Upacara memotong reben oleh Angela Ong, Pengurus Pemasaran Kanan Dior Malaysia, Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Retail Pavilion, Jamie Ong, Pengurus Besar Dior Malaysia dan Kung Suan Ai, Pengarah Pemasaran Pavilion Kuala Lumpur.