Dalam sebuah majlis penuh gaya berlokasi di Marble 8, Magnum melancarkan reka bentuk pakej baru untuk perisa ais krim yang sinonim dengan jenama itu iaitu Classic Almond, Chocolate Brownie dan Gold.
Lebih menarik, Magnum turut berkolaborasi bersama label Farah Khan menerusi idea penggabungan coklat dan seni. Hasilnya sudah tentu fabulous! Barisan peragawati antaranya Rita Suraya dan Deanna Ibrahim berjalan dalam ceraian baju sejuk dengan cetakan abjad ‘pleasure seekers’ dipadankan bersama topi dan skirt pendek sambil membawa ais krim Magnum Precious Models direka khas oleh Farah Khan.
Rita Suraya memperagakan ais krim Magnum Precious Models
DNA glamor Farah Khan dipertontonkan dalam koleksi kapsul yang diinspirasikan dari perisa ais krim Magnum. Gaya mewah terpancar dalam perhiasan manik halus yang dijahit tangan pada setiap ceraian.
Encik Herry Budiazhari dan Dato’ Farah Khan bersama barisan model dalam koleksi The Pleasure Seekers