Momen Fesyen Indah Puan Sri Tiara Jacquelina

Momen Fesyen Indah Puan Sri Tiara Jacquelina

Tiara JacquelinaGambar: GLAM April 2015

 
Penggerak utama Konsert Puteri Gunung Ledang, Puan Sri Tiara Jacquelina tampil anggun dalam sesi fotografi khas berinspirasikan gaya persembahan era 50-an sewaktu ditemui di pengambaran GLAM April 2015.
 
Lanjut dari sesi penuh gaya itu, GLAM sempat bertanya tentang go-to outfit pilihan, dengan pantas beliau menjawab “Jeans!”. Sambil ketawa kecil, sambungnya “Jeans beserta jaket atau kot trench. Saya juga sukakan jaket kulit dan dipadankan bersama wedge sneakers. Ianya melengkapkan penampilan saya.”
 
Lakonan watak sebagai Puteri Gunung Ledang turut meninggalkan momen fesyen indah buat beliau dan terpahat sebagai antara yang manis dalam kehidupannya. Jelasnya, “Ketika menghadiri Festival Filem Venice, saya mengenakan selendang songket dan ianya menjadi buah mulut mereka yang hadir ketika itu lantas menonjol dari mereka yang lain! Mereka mendekati saya dan meminta izin untuk menyentuh selendang tersebut sambil bertanyakan pelbagai soalan mengenainya.”
 
Menurutnya lagi, “Selepas itu ianya menjadi seakan signature saya untuk memakai selendang songket dipadankan dengan gaun ketika menghadiri majlis di luar negara.”
 
Jangan lupa untuk mendapatkan GLAM April 2015 untuk melihat Puan Sri Tiara Jacquelina dalam sesi pengambaran khas dengan imej berbeza!
 
 

See also
Beyoncé, Jay-Z dan Blue Ivy Welcomes Twins!