Pavilion Pitstop Coach x GLAM Cool Americana
Coach x GLAM Cool Americana yang berlangsung di Pavilion Pit Stop sungguh meriah malam tadi. Kehadiran tetamu jemputan khas GLAM yang terdiri daripada selebriti serta personaliti tanah air, sosialit serta penampilan istimewa oleh bekas pengacara Fashion Police, George Kotsiopoulos juga personaliti tv dan pengusaha butik vintage couture, Cameron Silver mengundang perhatian! Persembahan khas oleh Dayang Nurfaizah dan Joe Flizzow yang juga merupakan penghias muka hadapan GLAM April 2015 “The Music Issue” sewaktu pementasan koleksi musim bunga/panas 2015 Coach menaikkan lagi semangat hadirin. Manakala pemenang Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik, Sonaone menutup tirai pentas Coach x GLAM.
Acara diteruskan dengan after party di Michelangelo’s Restaurant dimana Arabyrd yang juga merupakan antara 9 personaliti muzik sisipan GLAM edisi April 2015, bertindak sebagai DJ dengan memutar turntable. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Coach, Pavilion Kuala Lumpur, Andrews Models, NARS, Miko Hair & Michelangelo’s Restaurant.
Fazura dan Rizman
Hos Coach x GLAM, Lexie Rodriguez
Mazreen Shanin
Amanda Imani
Kilafairy
Sharifah Aleysha & Sharifah Amani
Amelia Henderson
Diandra Arjunaidi
Fazura & Tasha Shilla
Cristina Suzanne
Brian See & Kittie Yiyi
Joe Flizzow
Sonaone
Cameron Silver
George Kotsiopoulos
Datuk Redzuawan Ismail
Barisan pergawati dan peragawan dari Andrews Models
Coach musim bunga/panas 2015
Backstage
Pengarang GLAM, Suzie Adnan
A video posted by GLAM Malaysia (@glammalaysia) on
A video posted by GLAM Malaysia (@glammalaysia) on
Arabyrd di Michelangelo’s Restaurant