Kerana Zuriat, Dari ‘Bengkok’ Jadi ‘Straight’

Datin X: Kerana Zuriat, Dari ‘Bengkok’ Jadi ‘Straight’

 

Kalau dulu, orang berselera songsang buat ‘kerja’ belakang-belakang. Sekarang dan terlalu terbuka, semuanya out in the open. Dosa pahala dah tak tahu nak beza. Dan entah mengapa semenjak dua menjak ni ramai pula lelaki yang minat kaum sejenis, seorang demi seorang mulai berkahwin – dengan perempuan. Datin X gembira dengan perkembangan ini. Sebab nak kembali pada fitrah, dari ‘patah’ tiba-tiba jadi habis jantan. Tapi kalau bergambar, lentoknya tetap lain macam. Datin X memang rasa was-was. Tapi tak apalah. Kalau pun tak seratus peratus ‘balik ke asal’, at least lelaki-lelaki ini sudah pasang niat dan ada usaha untuk melakukan perubahan. Datin X salute pada sang wanita yang sanggup menerima kisah silam pasangan mereka. Kata seorang ni, “I always believe in second chance.” Datin X pun sangat setuju tapi bila masuk bab yang ini, Datin X rasanya tak sanggup kut. You don’t know where ‘it’ has been.

 

Mengingatkan komen seorang kawan lelaki Datin X yang sah-sah gay, “Tipulah kalau sesenang itu nak diubah-ubah. Dah dari kecil selera sukakan lelaki, nak buat macam mana lagi? Kalau ya pun dia cuba nak suka perempuan, alih-alih nanti balik ke lelaki juga!” Teman pereka selalu berkata, kalau seseorang itu rasa dia gay, dari kecil lagi dia sudah tahu dia gay. Naluri sebegini bukannya dibuatbuat. Risik Datin X pula, bukan semuanya ikhlas mahu berubah. Dulu, lelaki sebegini berkahwin sebab gerunkan ibu bapa dan mahu memenuhi hajat mereka. Anak zaman sekarang lebih pentingkan diri sendiri. Mereka tak kisah dunia terbalik sekalipun, mereka tetap dengan pendirian mahu menjalani kehidupan sebegitu. Ada yang terus berahsia.

See also
Yang Terakhir Daripada Datuk Rizalman

 

Tapi ibu yang mengandungkan sembilan bulan, yang membesarkan, tak mungkin dia tak dapat syak walau sikit pun. Ibu-ibu ini lebih dari tahu. Cuma mereka tak sanggup nak bersuara sahaja. Datin X nak ambil tahu apa ibu bapa mereka rasa. Dulu pernah juga dengar cerita anak gay dihalau keluar rumah, tak mengaku anak dan sebagainya. Namun sekarang nampak gayanya ibu bapa sudah seakan redha sahaja. Ada yang cakap, mereka terima seadanya. Benda dah nak jadi, terpaksa. Mungkin mula-mula tak dapat terima hakikat, but they’ll accept it overtime. Boleh ke?

 

Datin X pun dapat rasa sebenarnya ramai juga ibu bapa yang buat-buat tak faham bila anak lelaki mereka minat lelaki juga. In denial. Kalau berkumpul ramai-ramai, balik raya atau ketika kenduri, the son is like the pink elephant in the room. Orang semua almaklum tahu tapi pretend tak faham dan buat-buat tak tahu. Lagi sekali Datin X nak tanya, apa agaknya rasa ibu yang melahirkan.

See also
Tip Makan Angin Di London