GLAM Reviu: Rawatan Wajah HYDRA C+ THERAPY Bersama ASTERSPRING
Benarkah rawatan wajah Hydra C+ Therapy buat kulit wajah instant bersinar dan mengembalikan kelembapan kulit secara serta-merta. GLAM ada jawapannya!
Dalam dunia penjagaan kulit wajah yang semakin kompetitif ini, ramai mahukan kulit licin, lembap, dan memantulkan cahaya dengan sempurna. Tetapi realitinya, mencapai tekstur kulit sedemikian bukan sekadar menggunakan produk mahal atau mengikuti 10 langkah ritual penjagaan kulit, ia memerlukan sesuatu yang lebih mendalam, lebih profesional.
Di sinilah AsterSpring memperkenalkan Hydra C+ Therapy, satu rawatan wajah profesional selama 70 minit yang direka khas untuk mengembalikan kelembapan mendalam, mencerahkan dengan Vitamin C, dan mengurangkan garis halus. Yang paling menarik? Rawatan ini telah diuji secara klinikal dan terbukti meningkatkan tahap hidrasi sebanyak 77 peratus, menambah kecerahan kulit sebanyak 50 peratus, dan mengurangkan garis halus sebanyak 50 peratus selepas satu sesi sahaja!
GLAM Cuba Hydra C+ Therapy
Pengarah Kecantikan GLAM, Julia Azman berkesempatan mencuba rawatan ini sendiri, dan sejujurnya, pengalaman itu melebihi jangkaan. Sesi bermula dengan pembersihan menyeluruh dan pengelupasan lembut yang menyegarkan kulit. Bahagian yang paling utama adalah penggunaan Dermalogica’s Multi Active Scaling Gel, yang diformulasikan dengan Meadow Sweet, Hydrolyzed Viola, dan Aloe Vera Leaf Juice. Gel ini melembutkan kulit untuk proses pengekstrakan yang lebih mudah, sambil membantu mengawal pengeluaran sebum. Selepas pengekstrakan, Tea Tree extract digunakan untuk menenangkan dan membersihkan kulit dengan kesan antiseptik dan anti-radang.

Setelah itu, langkah seterusnya kulit akan diratakan bersama Soothing Hydra Booster yang mengandungi Hyaluronic Acid. Bayangkan lapisan demi lapisan kelembapan yang meresap jauh ke dalam kulit! Ini dilengkapi dengan Dermalogica Hyaluronic Acid Serum yang menjadikan kulit lebih montok dan licin. Yang paling saya gemari adalah penggunaan teknologi Ionto Sono® LDM iaitu sebuah teknologi ultrasound termaju yang merangsang pengeluaran Hyaluronic Acid semula jadi dalam
kulit. Urutan terapeutik satu kaedah untuk melegakan ketegangan sambil meningkatkan peredaran darah dan menggalakkan kelonggaran. Rawatan ini kemudian bergerak ke fasa kecerahan dengan Dermalogica Biolumin-C Pro Serum. Serum yang diperkaya dengan Vitamin C Complex yang stabil ini berperang melawan tekanan oksidatif, mencerahkan kusam, dan memulihkan kekenyalan kulit bersama BT Micro Device, satu peranti profesional yang menawarkan pengelupasan ultrasonik menggunakan teknologi dipaten. Ini memastikan setiap titisan serum diserap secara optimum ke dalam lapisan kulit yang lebih dalam.
Langkah terakhir bersama topeng wajah diperkaya dengan Ginkgo Biloba Stem Cell Extract, Wasabi Leaf Extract, dan Green Caviar, menenangkan dan mengunci kelembapan. Hasilnya sangat mengagumkan, memang kulit bercahaya dalam masa sekelip mata. Saya sendiri meraih teguran ramai, usai rawatan saya bergegas gerak ke lokasi seterusnya, tiada solekan tebal cukup sekadar gincu dan maskara, wajah bersinar hingga ditegur orang! Banyak yang bertanya apa rahsia saya? Terima kasih AsterSpring!
Hydra C+ Therapy adalah satu pelaburan yang berbaloi untuk sesiapa yang mahukan kulit glass skin yang diidam-idamkan. Dengan harga RM528 di semua pusat AsterSpring dan RM568 di pusat AsterSpring Signature, rawatan ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit dehidrasi, ton kulit tidak sekata, dan garis halus.
Artikel berkaitan GLAM Reviu: Manfaat Detoks Wajah Perlu Anda Tahu
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

