Koleksi Baru Tiffany & Co. 2026: Motif Pegasus Lambang Harapan

Koleksi Baru Tiffany & Co. 2026 Hadir Dengan Motif Pegasus Sarat Makna

Koleksi baru daripada Tiffany & Co. untuk Tahun Baru Cina 2026 hadir sebagai refleksi indah tentang harapan, cinta dan keberanian untuk memulakan langkah baharu. Dilancarkan secara global pada 4 Januari 2026, kempen ini menyatukan simbolik puitis dengan rekaan ikonik yang telah lama menjadi DNA rumah perhiasan mewah ini.

Dalam setiap perayaan Tahun Baru Cina, wujud keinginan untuk membuka lembaran baharu sama ada dalam hubungan, kerjaya mahupun kehidupan peribadi. Kempen ini menangkap emosi tersebut dengan sentuhan yang halus dan bermakna.

Melalui gabungan motif Pegasus dan koleksi baru rekaan klasik yang ditafsir semula, Tiffany & Co. mengajak kita melihat kemewahan bukan sekadar sebagai perhiasan, tetapi sebagai simbol perjalanan hidup.

Motif Pegasus: Lambang gerakan ke hadapan dan optimistik

koleksi baru

Menjadi teras visual kempen ini, koleksi baru motif Pegasus dipilih sebagai simbol kekuatan, kebebasan dan momentum. Makhluk mitologi ini melambangkan keupayaan untuk terus bergerak ke hadapan dengan penuh keyakinan satu metafora yang cukup dekat dengan semangat Tahun Baru Cina.

See also
Zoë Kravitz, Janelle Monáe & Elle Fanning Membintangi Kempen Tiffany & Co.

Motif ini diinspirasikan daripada sebuah kerongsang ikonik yang dihasilkan di bawah arah seni Nathalie Verdeille, dengan sentuhan imaginasi yang berakar daripada legasi kreatif Jean Schlumberger. Hasilnya ialah interpretasi moden yang terasa anggun, puitis dan penuh harapan.

Knot Mini Key Pendant: Simbol cinta dan permulaan baharu

Bersempena sambutan Tahun Baru Cina, Tiffany & Co. turut memperkenalkan Tiffany Knot mini key pendant dalam emas ros 18k yang dihiasi batu nilam merah jambu. Diinspirasikan daripada rekaan busur arkib tahun 1889, Knot by Tiffany melambangkan ikatan cinta yang berkekalan.

Koleksi baru untuk rekaan baharu ini menampilkan motif knot ikonik dalam siluet kunci yang lebih halus membawa makna membuka pintu kepada permulaan baharu serta hubungan yang semakin mendalam. Sentuhan batu nilam merah jambu pula menyuntik warna ceria, melambangkan kasih sayang dan kegembiraan yang sinonim dengan musim perayaan.

Pendant ini mula tersedia di seluruh negara China bermula 1 Januari, sama ada di butik mahupun secara dalam talian, sebelum diperluaskan ke lokasi terpilih di peringkat global mulai Februari 2026.

See also
Seperti Terbuai Mimpi Wangian Baharu Tory Burch

Koleksi baru, rekaan ikonik yang terus relevan

Selain Knot, kempen ini turut menampilkan koleksi ikonik lain seperti Tiffany HardWear, yang meraikan kekuatan cinta yang berani, Tiffany T, simbol kebebasan dan kemungkinan tanpa batas; serta Tiffany Lock, yang melambangkan perlindungan dan komitmen yang berkekalan.

Setiap rekaan dalam koleksi baru ini membawa cerita tersendiri tentang hubungan, kepercayaan dan nilai emosi yang merentasi masa.

Diasaskan di New York City pada tahun 1837, Tiffany & Co. terus dikenali dengan ketelitian seni, pertukangan halus dan komitmen terhadap kualiti tertinggi. Dengan ratusan butik di seluruh dunia dan ribuan artisan mahir yang menghasilkan barang kemas di bengkel sendiri, setiap koleksi mencerminkan dedikasi terhadap keindahan dan tanggungjawab.

Melalui koleksi baru sempena Tahun Baru Cina 2026 ini, Tiffany & Co. bukan sahaja meraikan musim perayaan, tetapi turut mengajak kita menyambut tahun baharu dengan hati yang terbuka, penuh cinta dan keyakinan untuk melangkah ke hadapan dengan gaya yang kekal elegan dan bermakna.

See also
Valentino Garavani Roman Stud Top Handle Cetusan Ikonik Moden

Artikel berkaitan: Kilauan Abadi Disebalik Kotak Biru, Dengan Tiffany & Co Holiday Gifting

Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.