Ini 10 Item Fesyen Daripada Tory Burch Pilihan GLAM - Glam Malaysia

Ini 10 Item Fesyen Daripada Tory Burch Pilihan GLAM

Daripada koleksi tas tangan ikonik hingga ke deretan aksesori terkini, GLAM menghimpunkan 10 item fesyen musim terkini untuk anda terokai!

Musim perayaan ini menjadi detik terbaik untuk memperbaharui gaya, sama ada sebagai hadiah istimewa buat insan tersayang mahupun pelaburan fesyen buat diri sendiri. Meraikan semangat keceriaan dan elegansi hujung tahun, GLAM menyenaraikan 10 item fesyen terbaik daripada Tory Burch yang menampilkan keseimbangan antara rekaan ikonik, fungsi harian dan sentuhan mewah daripada koleksi terkininya. Daripada deretan tas tangan versatil hingga ke rangkaian aksesori dan kasut yang timeless, setiap pilihan ini dirangka untuk melengkapkan gaya yang nyata kekal relevan walau jauh selepas musim ini berakhir.

10 Item Fesyen Dari Tory Burch Yang Mencuri Perhatian

1. Kira Diamond Quilt Distressed Vanity Case

Sentuhan retro bertemu trend semasa menerusi rekaan mini yang memikat tas tangan ini. Kira Diamond Quilt Distressed Vanity Case diperbuat daripada kulit distressed yang lembut diperkaya jahitan berlian berskala besar, menghasilkan siluet empuk yang tampak mewah. Perincian Double T beveled menambah nilai klasik, sesuai digayakan secara silang atau dipegang kemas.

See also
Lima Stail Raya Bersama BONIA X AMELIA HENDERSON

2. Mini Fleming Metallic Hobo Bag

Glamor abadi diterjemahkan dalam kulit metalik lembut dengan corak pintuck berlian yang ikonik. Rantai anyamannya berbalut kulit memberi keseimbangan antara elegan dan edgy, manakala hiasan Double T menjadi penegasan identiti jenama ini yang disuntik pada beg mini Fleming Metallic Hobo.

3. Small Eleanor Pavé Shoulder Bag

Beg bahu Small Eleanor Pavé menjadi sebuah item yang diserlahkan dengan kemasan tinggi. Garis bersih dan siluet ringkas menjadi kanvas kepada perkakasan arca berhias kristal pavé, lantas mencipta aura mewah yang penuh kekinian. Praktikal dan kemas, ia sesuai digayakan dari siang ke malam.

4. Reva Travel Ballet

Ikon yang dicipta untuk kehidupan yang sentiasa bergerak. Sepatu Reva Travel Ballet ini boleh dilipat dan mudah dibawa, kerana ia diperbuat daripada kulit patent berkedut yang lembut dengan tapak ultra fleksibel. Medallion ikoniknya direka untuk keselesaan maksimum sepanjang hari, cukup sesuai buat mereka yang menginginkan keselesaan.

5. Eleanor Soft Slim Shoulder Bag

Interpretasi lebih santai bagi Eleanor klasik, dengan siluet langsing berinspirasikan era 90-an. Beg bahu Eleanor Soft Slim diperbuat daripada kulit pebbled lembut berkemasan semi-matte yang mencipta drape semula jadi bernada anggun. Ia adalah pilihan ideal untuk gaya malam yang effortless.

6. Forget Me Not Enamel Stud Earrings

Perincian kecil yang menyuntik elemen segar pada penampilan. Subang Forget Me Not dengan reka bentuk bunga ini disadur dengan emas 18K serta kemasan enamel berwarna. Ia menambah sentuhan feminin dan ceria, sama ada dipadukan secara harian atau untuk acara yang istimewa.

See also
Kontroversi Paling Hangat Dalam Dunia Fesyen Antarabangsa

7. Petite Lee Radziwill Bag

Rekaan berstruktur pada beg Petite Lee Radziwill ini menampilkan gabungan kulit dan suede mewah. Penutupan T-lock berikat menjadi signatur yang elegan, manakala tali boleh laras menawarkan fleksibiliti gaya bahu atau silang, sesuai untuk wanita berjiwa bebas dan yakin.

8. Medium Eleanor Soft Satchel

Medium Eleanor Soft Satchel adalah tas tangan serba guna dengan sisi estetika mewah yang bersahaja. Kulit pebbled lembut dan lapisan suede di bahagian dalam memberi keseimbangan antara fungsi dan gaya. Ia direka untuk dibawa dengan mudah, sama ada menggunakan pemegang atau tali bahu.

9. Icon Thin Hinge Bracelet

Koleksi Miller diinterpretasi semula sebagai perhiasan. Gelang nipis berhias motif Double T ini tampak anggun digaya solo atau bertindan, yang mana gelang Icon Thin Hinge ini memberikan sentuhan sofistikasi halus pada setiap gaya.

10. Kira Turnlock Calf Hair Shoulder Bag

Rekaan moden dengan karakter berani adalah definisi tepat buat beg bahu KIra Turnlock Calf Hair. Material kulit calf hair bercorak digandingkan dengan rantai tebal serta penutupan turnlock, menghasilkan beg bahu yang praktikal, teratur dan penuh pernyataan gaya.

See also
Bayang 'Classic Summer' Dalam Himpunan Tory Burch Musim Panas 2021

Artikel berkaitan: #NYFW- Tory Burch Musim Bunga 2023-Ekspresi Gaya Bebas Gadis New York ’90-an

Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.