Braces Atau Aligner Untuk Hasil Gigi Lurus & Cantik?

Braces Atau Aligner Untuk Hasil Gigi Lurus & Cantik?

Dalam dunia ortodontik hari ini, pilihan untuk meluruskan gigi semakin moden dan praktikal dengan braces atau aligner.

Jika dulu hanya ada pendakap gigi (braces), kini aligner lutsinar menjadi pilihan ramai kerana lebih estetik dan selesa. Namun kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk memperbetulkan susunan gigi, menggigit dengan lebih baik, dan meningkatkan keyakinan diri. Jadi, mana satu yang lebih sesuai untuk anda?

Apa itu braces?

Braces ialah rawatan ortodontik tradisional yang menggunakan brackets dan wire untuk menggerakkan gigi. Ia datang dalam beberapa jenis seperti metal braces, ceramic braces, dan self-ligating braces.

Kelebihan Braces:

1. Sangat berkesan untuk kes gigi yang kompleks atau teruk.

2. Rawatan lebih terkawal kerana doktor yang menyesuaikan wire.

3. Pilihan lebih murah berbanding aligner.

Kekurangan Braces:

1. Lebih ketara dan tidak boleh ditanggalkan.

2. Sukar untuk menjaga kebersihan gigi.

3. Risiko ulser atau ketidakselesaan di bahagian bibir dan mulut.

Apa itu Aligner?

Aligner ialah pelindung gigi lutsinar yang dipakai sepanjang hari untuk menggerakkan gigi secara berperingkat. Jenama popular seperti Invisalign, Zenyum, atau klinik pergigian tempatan semakin banyak yang menawarkan servis ini.

See also
Mariah Carey Bakal Melancarkan Syarikat Kecantikannya Sendiri

Kelebihan Aligner:

1. Hampir tidak kelihatan, sesuai untuk mereka yang mahu rawatan tidak menonjol.

2. Boleh ditanggalkan — lebih mudah makan, minum dan memberus gigi.

3. Lebih selesa kerana tiada brackets atau wire.

4. Kurang lawatan klinik kerana rawatan lebih digital.

Kekurangan Aligner:

1. Tidak sesuai untuk kes gigi yang terlalu rumit atau masalah gigi yang serius.

2. Perlu disiplin tinggi dimana mesti dipakai 20–22 jam sehari.

3. Harga lebih tinggi daripada pendakap gigi tradisional.

Cara pembersihan

Penjagaan kebersihan mulut juga memainkan peranan penting sepanjang proses meluruskan gigi. Sama ada memakai aligner atau braces, rutin pembersihan yang konsisten akan membantu mengelakkan plak, bau mulut, dan kerosakan gigi. Untuk aligner, pastikan anda memberus gigi dan membilas aligner setiap kali selepas makan sebelum memakainya semula. Bagi pengguna braces pula, gunakan berus gigi kecil (interdental brush) untuk membersihkan kawasan di antara bracket dan wayar.

Aligner dan braces masing-masing ada kelebihan tersendiri. Tiada pilihan yang betul atau salah yang penting ialah apa yang paling berkesan untuk keadaan gigi anda. Sebelum buat keputusan, sebaiknya jumpa doktor gigi untuk dapatkan pemeriksaan supaya anda boleh pilih rawatan yang paling sesuai dan dapatkan senyuman yang sihat dan cantik.

See also
Melasyl™ Inovasi L’Oreal Paris, Untuk Merawat Masalah Bintik Hitam

Artikel Berkaitan: Elak Makanan Ini Jika Ingin Gigi Lebih Putih

Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.