Lagu-Lagu Hits Dayang Nurfaizah Pilihan Ajai, Faizul Surani & Khir Khalid
Dayang Nurfaizah bukan sahaja dikenali dengan vokalnya yang hebat, tetapi juga dengan pasukan kreatif yang menjadi tulang belakang perjalanan seninya.
Minggu ini, GLAM menghimpunkan lagu-lagu hits Dayang Nurfaizah pilihan tiga individu penting dalam kehidupan profesionalnya iaitu Ajai, penerbit muzik yang banyak membentuk warna suara dan karya Dayang, Faizul Surani, pereka busana dari rumah fesyen Rizalman Ibrahim (RI) yang sentiasa memastikan penampilannya elegan dalam kelas tersendiri dan Khir Khalid, jurusolek yang memahami setiap sisi glamournya. Bersama, mereka berkongsi seleksi lagu kegemaran yang meraikan perjalanan seni seorang penyanyi lunak yang terus mengangkat standard muzik tanah air.
Pilihan lagu-lagu Dayang oleh Ajai
Ajai memilih tiga lagu yang bukan sahaja dekat di hatinya, tetapi juga merupakan karya ciptaan dan produksi beliau sendiri iaitu Seandainya Masih Ada Cinta, Berserah Kasih, dan Usah Bilang Cinta. Pilihannya menggambarkan bagaimana beliau melihat evolusi vokal Dayang yang paling mendalam kerana setiap lagu itu lahir daripada proses kreatif yang mereka bina bersama.

1. Seandainya Masih Ada Cinta
2. Berserah Kasih
3. Usah Bilang Cinta
Pilihan lagu-lagu Dayang oleh Faizul Surani
Faizul pula cenderung kepada lagu-lagu yang mencerminkan elegan, kekuatan dan sisi feminin Dayang, seperti Hakikat Cinta, Seandainya Masih Ada Cinta dan Di Pintu Syura. Pilihan ini menggambarkan bagaimana seorang pereka busana melihat Dayang bukan sekadar penyanyi, tetapi figura yang menyerlah melalui irama.

1. Hakikat Cinta
2. Seandainya Masih Ada Cinta
3. Di Pintu Syurga
Pilihan lagu-lagu Dayang oleh Khir Khalid
Sementara itu, Khir Khalid memilih lagu-lagu yang lebih introspektif seperti Mana Mungkin, Tulus dan Aku Rindu Aku Jemu. Sebagai jurusolek yang paling rapat dengan ekspresi wajah dan emosi Dayang di belakang tabir, pilihannya menangkap sisi Dayang yang lebih halus, jujur dan manusiawi.

1. Mana Mungkin
2. Tulus
3. Aku Rindu Aku Jemu
Artikel Berkaitan: Most GLAM 2025: Azira Shafinaz & Dayang Nurfaizah
Maya Kusuma
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.

