Deretan Gaya Mia Goth Bersempena Tayangan Perdana Filem Frankenstein - Glam Malaysia

Deretan Gaya Mia Goth Bersempena Tayangan Perdana Filem Frankenstein

Mia Goth menghidupkan semangat filem Frankenstein di luar layar dengan gaya ‘dark romanticism’ yang memukau, memadukan esen anggun, misteri dan kemegahan klasik hingga menjadikannya bintang fesyen paling menyerlah musim ini.

Musim seram tiba dengan pesona yang memukau apabila pengarah tersohor Guillermo del Toro kembali dengan adaptasi baharu karya klasik filem Frankenstein. Ditayangkan di Netflix pada 7 November baru-baru ini, filem ini menampilkan barisan pelakon ternama seperti Jacob Elordi, Oscar Isaac dan Mia Goth, yang bersama-sama menghidupkan semula kisah tragis ciptaan manusia dan cinta abadi yang terikat oleh takdir. Del Toro menghadirkan sinema Frankenstein sebagai sebuah naskhah puitis, gabungan antara keindahan visual dan jiwa gelap yang penuh falsafah tentang penciptaan, kehilangan dan kemanusiaan.

Ketika dunia menantikan tayangan rasmi, jelajah promosi antarabangsa Frankenstein menjadi pentas fesyen tersendiri buat para bintangnya. Namun, sorotan utama tidak dapat lari daripada Mia Goth, pelakon yang kini diangkat sebagai wajah baharu keanggunan moden dengan sentuhan gotik yang mempersona. Setiap penampilannya di karpet merah bagaikan helaian bab fesyen yang ditulis dengan penuh rasa, menyalurkan aura misteri dan romantisisme kelam yang amat serasi dengan semangat filem tersebut.

See also
5 Gincu Merah Untuk Meraikan Ketibaan Disember

Di bawah bimbingan jurugaya Jamie Mizrahi, Goth tampil dengan gaya yang menzahirkan naratif ‘dark romanticism’,  siluet lembut dengan sentuhan dramatik, fabrik mewah yang beralun lembut namun sarat emosi. Daripada gaun renda hitam hingga busana berwarna lembut seperti ungu lilac, setiap helaian menggambarkan sisi berbeza dirinya,  daripada ‘scream queen’ ke bintang filem sejati yang menguasai pentas glamor antarabangsa. Tambahan pula, kemunculan aksesori arkib Tiffany & Co. pada lehernya memperkukuh pesona vintaj dan kehalusan cita rasa klasik yang jarang dapat ditandingi.

Dengan setiap langkahnya di karpet merah, Mia Goth membuktikan bahawa fesyen bukan sekadar gaya tetapi ia adalah bentuk penceritaan dan pancaran karakter. Setiap busana yang digayakan seolah-olah menyelami jiwa wataknya sebagai Elizabeth Lavenza, wanita yang hidup antara cinta dan kehilangan, antara cahaya dan kegelapan.

Tampilan Gaya Mia Goth Yang Mencuri Tumpuan

1. Dress Ferragamo Di Tayangan Perdana Frankenstein, New York

2. Dress Oleh Conner Ives Di London Film Festival

3. Dress Armani Privé di Tayangan Perdana Frankenstein, Paris

4. Dior Oleh Jonathan Anderson Di Venice Film Festival 2025

5. Dress Nina Ricci Di Toronto Film Festival

Artikel berkaitan: Mia Goth Bangkitkan Semula Fesyen Gothic Melalui 5 ‘Frankenstein Costume’ Ikonik

See also
Selebriti Best Dressed Malam Surrealist Most GLAM 2018

Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.