Jejak Most GLAM 2016 Hingga 2024, Himpunan Wanita Ikonik

Jejak Most GLAM 2016 Hingga 2024, Himpunan Wanita-Wanita Ikonik

Most GLAM merupakan edisi istimewa GLAM sepanjang tahun bagi meraikan individu berpengaruh serta berkarisma dalam dunia fesyen, kecantikan malah keusahawanan.

Ia menjadi pentas penghargaan buat mereka yang bukan sahaja berjaya dalam bidang masing-masing, tetapi turut mencerminkan semangat, keanggunan dan inspirasi sebenar wanita moden. Berikut himpunan wajah-wajah yang pernah menghiasi Most GLAM dari tahun 2016 hingga 2024, meraikan pesona, gaya dan kekuatan wanita dalam pelbagai sisi kehidupan.

1. 2016

Edisi Most GLAM 2016 meraikan sepuluh wanita berpengaruh dalam era digital yang penuh gaya dengan menampilkan Kim Raymond, Yasmin Johan Soh, Aniza Adnan, Nina Ismail Sabri, Didie Nasir, Shir Chong, Sharifah Ervinna Datuk Syed Alwi, Izara Aishah, Tuti Noor dan Heidi Nazarudin menghiasi muka hadapan. Mengangkat tema kemilau moden, mereka bergaya dalam rona metalik yang elegan sambil memperagakan jam tangan mewah Richard Mille.

2. 2017

Most GLAM tahun 2017 ini menampilkan 11 wanita terhangat yang mendominasi dunia keusahawanan tanah air dengan gaya dan karisma tersendiri. Mereka ialah Datin Shena Mohd, Qistina Taff, Nikki Azura, Nikola Hassan, Lyn Siew, Alia Bastamam, Dahlia Nadirah, Aina Syahirah, Raja Jesrina Arshad, Natasha Ozeir dan Nora Khalid — barisan wanita inspirasi dalam arena perniagaan moden.

See also
Most GLAM 2021: Shalma Ainaa

3. 2018

Berwawasan tinggi dan penuh visi, Most GLAM 2018 meraikan perjalanan 10 wanita hebat yang gigih membina karier dan menapak menuju puncak kejayaan. Antara figura yang menghiasi edisi ini ialah Diana Danielle, Tunku Elana Khyra, Jenn Low, Nurita Harith, Sangeeta, Puteri Aishah, Jasmine Suraya Chin, Alicia Amin, Anzalna Nasir dan Sharifah Sakinah.

4. 2019

Most GLAM 2019 meraikan 20 wanita berpengaruh dan berkaliber dengan memadukan pesona klasik dan moden. Setiap satunya tampil dengan keistimewaan tersendiri, dari dunia fesyen, seni hingga keusahawanan. Mereka yang menghiasi edisi ini termasuk Zahirah Macwilson, Ziana Zain, Kavita Sidhu, Izara Aishah, Vanidah Imran, Tuti Noor, Raja Jesrina Arshad, Dayang Nurfaizah, Nina Sabrina Ismail Sabri, Yiulin, Datuk Shafinaz, Yaya Zahir, Joanne Yew, Nora Danish, Elyna Effendi, YM Puteri Afzan Shakira, Daiyan Trisha, Sarah Shahdan, Chrystal Tan dan Shir Chong.

5. 2021

Most GLAM 2021 tampil berbeza apabila lelaki dan wanita berkongsi satu muka depan buat julung kalinya. Edisi ini menampilkan 10 individu berprestasi tinggi — bijak, bergaya dan penuh karisma di bawah usia 35 tahun yang menjadi inspirasi generasi baharu. Antara nama yang menghiasi senarai ini ialah Datin Intan Najuwa, Jane Chuck, Nurida Suraya, Datin Nelydia Senrose, Shalma Ainaa, Ben Amir, Hadri Hashim, Brian Khoo, Syed Harris dan MK K-Clique.

See also
10 Gaya Berpasangan Terbaik Amal Alamuddin & George Clooney

6. 2022

Mengangkat tema impak positif serta keperkasaan jati diri sebagai pemangkin kejayaan peribadi, edisi ini meraikan lima wanita hebat yang berani menangkis energi negatif dan menyebarkan aura pemikiran positif dalam kehidupan serta kerjaya. Ally Mukhriz, Marion Caunter, Nabila Huda, Natalie Prabha dan Sherry Alhadad membarisi senarai wanita Most GLAM 2022, melambangkan kekuatan dan pengaruh wanita dalam era moden yang semakin menuju kesetaraan jantina.

7. 2023

Most GLAM 2023 menghimpunkan 10 wanita dengan gaya fesyen yang tersendiri dan penuh keyakinan, menyerlahkan keanggunan serta pesona elegan dalam setiap penampilan. Mereka bukan sekadar bijak bergaya, tetapi juga memiliki keperibadian yang memberi impak di mana sahaja mereka melangkah. Antara figura yang membarisi edisi ini ialah Amelia Henderson, Alicia Amin, Daiyan Trisha, Eyka Farhana, Jasmine Suraya, Nia Atasha, Shalma Ainaa, Ummi Nazeera, Vanizha Vasanthanathan dan Zahirah Macwilson.

8. 2024

Menjadi lambang pesona dan keanggunan wanita Malaysia, Most GLAM 2024 memberi penghormatan kepada 10 jelitawan yang telah mencipta nama dalam dunia fesyen dan kecantikan, dari halaman majalah hingga pentas peragaan tempatan dan antarabangsa. Mereka yang diraikan dalam edisi istimewa ini ialah A’liah A’kasyah, Amber Chia, Deborah Henry, Hidayah Baharudin, Rubini Sambanthan, Sheena Liam, Tinie, Tengku Azura, Thanuja Ananthan dan Tuti Noor.

See also
Loewe Naik Sebagai Jenama Fesyen Terhangat Di Dunia

Artikel Berkaitan: Most GLAM 2024: The Chameleons

Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.