Solekan Tahan Lama Tyra Kamaruzzaman, Ini Rahsianya!
Kuala Lumpur Fashion Week 2025 telah menjadi acara terbesar bagi industri fesyen tempatan, dan di sebalik setiap penampilan model yang menawan di runway, terdapat pancaran sinar solekan dari Tyra Kamaruzzaman. GLAM menemu bual Tyra Kamaruzzaman dalam kemahirannya dalam mencipta solekan yang tidak hanya memukau mata, tetapi juga mampu bertahan sepanjang acara minggu fesyen yang padat.
1. Boleh kongsikan dengan GLAM apakah langkah-langkah persediaan kulit yang paling penting sebelum mengaplikasikan solekan untuk ke KLFW? Adakah ada produk penjagaan kulit khusus yang Tyra guna untuk memastikan base makeup tahan lama?
Sejujurnya, bagi saya, it’s all about the base yang tidak sihat. Saya mulakan dengan rutin penjagaan kulit yang mudah seperti pencuci wajah, pelembap dan paling penting sekali, sunscreen. Rutin saya tidak banyak berubah walaupun untuk KLFW kerana untuk kulit saya, a little goes a long way. Kalau apply banyak sangat produk, i’ll break out dan solekan saya pun kadang-kadang mengelupas.

2. Dalam cuaca panas dan kelembapan tinggi di Malaysia, apakah teknik khas yang Tyra gunakan semasa mengaplikasikan bedak asas atau concealer supaya tidak mudah cakey atau bercapuk? Ada tip khas untuk setting makeup?
Untuk cuaca di Malaysia, helahnya adalah less is more. Tyra gunakan bedak asas secara minimal, saya pastikan untuk mengambil masa untuk memastikan it blends properly same goes to concealer. Selepas itu, saya akan set dengan loose powder yang tidak terlalu banyak, jadi ia tidak nampak cakey atau ada flashbacks dalam gambar. Saya juga gemar menggunakan setting spray in between steps selepas bedak asas, spray terlebih dahulu, kemudian gunakan bedak, dan spray lagi.

3. Boleh Tyra kongsi jenama dan jenis produk solekan yang menjadi go-to untuk acara besar seperti KLFW? Terutamanya untuk produk yang tahan peluh dan long-wearing – ada produk tkbytyra yang Tyra sangat recommend untuk mereka yang mahu cuba produk jenama Tyra?
I’ll be real, untuk acara besar seperti KLFW, saya memang akan pilih produk yang biasa saya gunakan jadi saya tidak gemar untuk mencuba sesuatu yang baharu. Untuk bedak asas, saya akan pilih yang buildable coverage tetapi tidak kelihatan cakey, i love my Hourglass stick foundation for that and the long you wear it, the more beautiful it gets.
Untuk TK by Tyra, saya memang recommend one stick wonder for the best eyeshadow look dan maskara kerana ia betul-betul tahan lama dan tidak smudge walaupun mempunyai 4 shows to attend a day.
Artikel berkaitan: GLAM JUNIOR: Tyara Penyeri Hidup Tyra Kamaruzzaman & Emran
Zahirah Zulkhairi
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandungan yang dihasilkan menyelami dunia kecantikan dengan pendekatan yang segar dan dekat dengan pembaca.

