5 Cermin Mata 'Cool' Pilihan Gaya GLAM!

Tampil Lebih Bergaya, Ini 5 Cermin Mata ‘Cool’ Pilihan GLAM!

Cermin mata bukan sekadar alat untuk melindungi mata, tetapi juga aksesori penting yang melengkapkan gaya seseorang.

Dengan pilihan yang tepat, cermin mata boleh memberikan sentuhan gaya yang unik dan meningkatkan keseluruhan imej. Berikut adalah 5 cermin mata ‘cool’ pilihan GLAM, dihasilkan oleh Safilo Group untuk jenama-jenama terkenal yang pasti memberi penampilan anda sentuhan elegan dan moden.

1. Carolina Herrera

Barisan ikonik HOUSE OF HERRERA kini lebih hebat dengan gaya cermin mata matahari dan optikal wanita moden ini direka dengan bentuk bulat yang memberi penampilan bergaya. Model baru ini hadir dengan kombinasi warna blok yang menarik pada bingkai, dihiasi dengan logo monogram CH pada hujungnya.

2. BOSS

Direka oleh Matteo Berrettini, cermin mata hitam dan bingkai optik BOSS Eyewear menonjolkan gaya yang penuh keyakinan dan keperibadian. Setiap pasang cermin mata adalah satu statement, mencerminkan sikap Matteo. Koleksi baru cermin mata hitam dan bingkai optik untuk lelaki dan wanita, termasuk saiz khas untuk Asia.

See also
Transformasi Fesyen Meghan Markle Sebagai Duchess of Sussex

3. LEVIS

Direka dan dihasilkan bersama Safilo Group S.p.A, cermin mata hitam dan bingkai optik Levi’s® menawarkan pelbagai model yang fungsional dan bergaya, terinspirasi oleh gaya hidup California yang santai dan warna denim dari koleksi musim Levi’s®, dipadankan dengan kanta bergradasi hangat.

4. Eyewear by David Beckham

Koleksi Eyewear by David Beckham ini menampilkan Talisman yang ikonik, diinspirasikan oleh sayap burung yang melambangkan kuasa, perlindungan, dan kebebasan, kelihatan di bahagian depan dan sisi cermin mata. Ia juga dilengkapi dengan monogram DB yang dilaserkan pada kanta cermin mata hitam.

5. Kate Spade

Cermin mata hitam bulat Vivi direka dengan bentuk kelopak bunga yang menonjol, menjadikannya sepasang cermin mata yang sangat feminin. Diperbuat daripada acetate berkilat, gaya yang menarik ini dilengkapkan dengan kanta yang melindungi dari sinaran matahari dan logo Kate Spade berwarna emas di tepi bingkai.

Artikel Berkaitan: 4 Bentuk Cermin Mata Hitam Untuk Penampilan Lebih Sempurna