Gaya Selebriti Yang Mendominasi Momen Karpet Merah Oscar 2025 - Glam Malaysia

Gaya Selebriti Yang Mendominasi Momen Karpet Merah Oscar 2025

1 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse

Berlangsungnya acara berprestij Oscar 2025 dengan penuh meriah dan gemilang. GLAM kumpulkan senarai barisan selebriti dengan penampilan terbaik buat Anugerah Akademi untuk kali yang ke-97 ini.

Anugerah Akademi merupakan malam paling berprestij dalam kalendar Hollywood, meraikan penggiat dunia perfileman termasuk para pelakon, pengarah, penerbit dan ramai lagi. Namun begitu, Oscars juga menjadi tempat dalam menyajikan momen fesyen karpet merah buat barisanĀ A-listedĀ selebriti yang nyata sentiasa menjadi tumpuan serta menjadi bualan hangat di media sosial.

Permaidani merah di Oscars 2025 kali ini dipenuhi dengan pelbagai busana yang tampil memukau. Gaun berona lembut, busana dengan butiran berkilauan dan perincian halus antara yang mendominasi di acara karpet merah. Ariana Grande tampil memukau dengan drama siluet peplum yang mengagumkan dan mencipta aura tersendiri, manakala pemenang Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi 2025, Mikey Madison meraih perhatian dalam persalinan Dior berona merah jambu vintaj.

Turut diperlihatkan juga deretan selebriti lain termasuk Selena Gomez, Zoe Saldana, Cynthia Erivo, Margaret Qualley, Lisa, Doja Cat, Timothee Chalamet dan ramai lagi yang hadir berketerampilan menawan. Malam penuh glamor ini menjadi penutup yang sempurna untuk musim anugerah tahun ini. GLAM kongsikan penampilan yang mendominasi momen karpet merah dan menjadi tumpuan hangat di media sosial di Oscar 2025.

See also
Inspirasi Kecantikan Selebriti Untuk Tahun 2018

Himpunan Selebriti Berpenampilan Terbaik Di Oscar 2025

1. Selena Gomez

Selena Gomez di dalam persalinan Ralph Lauren.