Penangan Takun 'Liquid Gold' Datin Meroyan - Glam Malaysia

Penangan Takun ‘Liquid Gold’ Datin Meroyan

Datin X selalunya kalau pergi bercuti London lah destinasinya. Al maklumlah, negara bermusim sejuk ini seronok bagi orang Asia lagi-lagi golongan elit dari Kuala Lumpur. Lain pula cerita tahun ini, dalam terbayang-bayang membeli-belah dan menikmati sourdough panettone bersama secangkir kopi di Mayfair, seronok mengelamun, Datin X dapat pangilan telefon dari Rina, teman perniagaan Datin X. Borak punya borak dari hal untung rugi berniaga sampailah hal niat untuk pergi bercuti, Rina bagi cadangan dari buang duit di kota London yang sesak dengan orang kita, ada baiknya divert sahaja rancangan cuti itu ke Dubai. Alang-alang cuti mata tengok pak Arab sambil boleh intai peluang perniagaan, cari ‘potential investor.’ Nak dijadikan cerita, selang selepas hari bersetuju untuk bercuti ke Dubai, Datin X dan Rina pun singgah ke sebuah kafe di Bangsar. Sembang punya sembang terkeluar cerita perihal seorang sosialit cantik, usianya dalam pertengahan 40-an kira mudalah, Datin Anne. Buat yang kenal dan rapat sahaja tahu kisahnya lagi-lagi daripada mulut Rina, awalnya Datin X agak ragu-ragu, bukan apa risau nanti jatuh fitnah.

See also
6 Destinasi Percutian Buat Anda Teruja Melangkah ke 2025!

“RANTAI BERLIAN PUN SUDAH TIDAK BERTUKAR LAGI. MALULAH ULANG PAKAI DUA TIGA KALI BARANG KEMAS BVLGARI KE CARTIER DARI KOLEKSI YANG SAMA KE BEBERAPA MAJLIS YANG BERBEZA. DENGAR JUGA PEKERJA RETAIL TURUT BERCERITA DAH LAMA DATIN ANNE TAK MEMBELI DI BUTIK.”

Sambung balik kisah Datin Anne, kebelakangan ini jarang betul nampak kelibatnya di majlis elit ibu kota. Pelik juga sebab selalunya dia antara individu yang sentiasa muncul dan disegani di majlis. Seingat Datin X, latar belakang Datin Anne ini hebat, keluarganya memang dari orang kaya lama Singapura. Selepas berkenal dengan usahawan, Dato’ Jo diusia umur 20-an, Datin Anne tidak teragak-agak berpindah dan bermastautin di Malaysia. Dato’ Jo pun Datin X kenal, seorang usahawan yang berjaya. Tapi sejak kebelakangan ini, ada beberapa projek mega kena cantas, dan kerugian bukan sikit, dengar khabar cecah ratusan juta, Dato’ Jo terpaksa ambil pendekatan drastik dengan menukar strategi perniagaan dengan memfokuskan projek berskala kecil yang kos lebih efektif dan kurang berisiko, makanya mungkin perubahan ini terkesan buat Datin Anne.

See also
Positif Covid-19, Drake Tunda Konsert Bersama Nicki Minaj & Lil Wayne

Mana tidak, sebelum ini kalau membeli-belah, sebut sahaja yang dimahukan terus dapat tetapi sekarang kalau nak membeli kena berhemat. Rantai berlian pun sudah tidak bertukar lagi. Malulah ulang pakai dua tiga kali  barang kemas Bvlgari ke Cartier dari koleksi yang sama ke beberapa majlis yang berbeza. Dengar juga pekerja retail turut bercerita dah lama Datin Anne tak membeli di butik. Disebabkan penangan ini jatuhlah air muka Datin Anne, kerana berhemat amat pantang buat dirinya. Kalau dulu keluar masuk ke luar negara sekarang dah mula bercuti di hotel lima bintang dalam negara sahaja paling tidak serantau Asia.

Kata Rina, “Kalau you nak tahu sejak kejadian tu, she has been planning an exit strategy for herself. Berbulan-bulan tak lena tidur malam akhirnya dia dapat ‘cekup’ one rich man from Dubai, sah sheikh tu memang ada business gali minyak.  Bukan orang baru, kenalan dari majlis elit yang dia pernah pergi. Mulanya bertanya khabar, lepas itu bertukar jadi bermain cinta.” Terlopong Datin X sekejap “Eh you biar betul? Ya, Datin Anne memang bijak, semua perancangan sudah diatur dengan baik, depan Dato’ Jo semua benda macam ok. Takda siapa tahu, termasuk pemandu peribadi mereka. Belakang? Tuhan sahaja yang tahu apa berlaku. Punya nak dijadikan cerita, satu hari Dato’ Jo balik awal lepas urusan meeting dengan klien. Agaknya mungkin Tuhan nak tunjuk, dia singgah sekejap beli cerut di Bukit Bintang. Tengah leka pilih cerut di butik, kelibat Datin Anne berjalan dengan Sheikh sambil menjinjit beg kertas berjenama mewah. Mulanya Dato’ Jo nak sapa tapi niatnya terhenti sebab bila diperhatikan bukan main mesra siap bertepuk tampar. Mujur Dato’ Jo cepat-cepat beralih ke tepi supaya tidak kantoi.

See also
Datin X: Menyesal Recommend Kerja

Baca lanjut di isu GLAM Jan/Feb 2025

Artikel Berkaitan:  Datin x Tinggalkan Dato Seri Gara-Gara Mahu Bela Anak Ikan