Freen Sarocha Duta Terbaharu Buat Maison Valentino - Glam Malaysia

Freen Sarocha Duta Terbaharu Buat Maison Valentino

Selebriti terkenal, Freen Sarocha kini menjadi bintang wanita pertama dari Thailand yang menjadi duta global terbaharu buat jenama mewah Maison Valentino.

Maison Valentino umum pelakon popular Freen Sarocha yang merupakan bintang wanita pertama dari Thailand sebagai duta terbaharu buat jenama mewah ini. Berikutan penampilannya di pertunjukkan fesyen Valentino Pavillon des Folies Musim Bunga/Musim Panas 2025 yang pertama oleh pengarah kreatif Alessandro Michele, Valentino cukup mengalu-alukan Freen sebagai salah seorang duta jenama ini yang turut meraikan bakat dan gaya uniknya.

Foto: Freen Sarocha Instagram

Freen Sarocha Kini Mengguli Dunia Fesyen!

Bukan sahaja namanya yang meningkat naik di dalam dunia lakonan, Freen Sarocha yang kini juga diumum sebagai duta global baharu buat Valentino, telah membuka jalan yang cukup besar buat dirinya ke peringkat yang lebih tinggi. Ternyata, tahun 2025 sudah pun menjadi tahun yang hebat untuk Freen! Namun, tidak asing lagi label mewah Valentino dengan si jelitawan ini kerana keberadaan pelakon ini ketika di Minggu Fesyen Paris pada tahun lepas telah diperlihatkan dan menarik perhatian ramai, terutama di media-media sosial.

See also
Timeless Elegance Bersama Giorgio Armani Musim Panas 2024

“Ini adalah penghormatan terbesar untuk saya dalam mengambil bahagian yang dapat membuka dan mencipta halaman seterusnya di dalam sejarah Maison Valentino. Di mana, merasai kesenian dan warisan memasuki era kontemporari baharu di bawah naungan pengarah kreatif berwawasan Alessandro Michele,” ujar Freen dalam satu kenyataan. Bergelar bintang wanita Thailand pertama, Freen telah mengikuti jejak langkah pemuzik Thai, Jeff Satur yang juga merupakan duta global buat Valentino. Mereka berdua menurut serta senarai bintang Asia lain termasuk penyanyi dari Korea Selatan, Suga BTS dan Lim Yoona Girl’s Generation serta penyanyi dari Taiwan, Jolin Tsai.

Foto: Freen Sarocha Instagram

Walaupun hanya berusia 26 tahun, Freen sangat bersinar dengan sendiri. Pada tahun 2022, pelakon itu mencipta kejayaan di dalam dunia hiburan dengan membawa watak rancangan komedi romantik iaitu “Thai, Gap: The Series”. Kemahiran berlakonnya yang terserlah, lantas dia dianugerahkan sebagai ‘Bintang Kegemaran’ pada tahun 2023. Pada tahun 2024 pula, aktres ini terus bergiat dalam bidang lakonan, membintangi filem seperti ‘Uranus 2324’ dan series ‘The Loyal Pin’. Selain itu, dia turut membuat kemunculan sulungnya di Festival Filem Cannes yang berprestij, membuktikan Freen merupakan pilihan yang bijak buat Valentino.

See also
Fashion Awards 2024: Lihat Senarai Penuh Pemenang

Artikel Berkaitan: Alessandro Michele Debut Koleksi Valentino Lebih Awal Dari Yang Dijangka!