Rutin Solekan It-Girl Gabbriette

Rutin Solekan It-Girl Gabbriette

Daripada gaya goth-bombshell kepada hubungan bintang rocknya dan peranannya sebagai salah seorang muse Brat Charli XCX, Gabbriette ialah gadis It Girl pada masa ini. Model, pemuzik dan chef berusia 27 tahun itu telah mencipta rupa yang jelas, dengan soleknya yang menarik mencetuskan daya tarikan dan obsesi hampir satu juta pengikutnya.

Kemasan Velvety 

Pada tahun 90-an, semuanya mengenai kemasan matte, tanpa cela. Gabbriette menaikkan vibe ini dengan cara solekan finger-blended-concealer. Kemasan ini kelihatan lebih velvet daripada matte di mana ia kelihatan seperti kulit sebenar. Gabbriette juga dikenali untuk meningkatkan lingkaran bawah matanya daripada menyembunyikannya.

Kening Yang Nipis

Gabbriette mempunyai kening vintaj tahun 90-an yang luar biasa, menjadikan fenomena semua orang mahu lakukan. Keningnya yang nipis bukan sekadar kemunculan zaman 90-an. Ia memberi anda lebih banyak ruang untuk bereksperimen. Ini bermakna anda benar-benar boleh menjadi ekspresif seperti yang anda mahukan pada bahagian mata.

Bibir Berkontur

Gabbriette gemar bibir berkontur 90-an yang klasik. Anda boleh mencipta gaya solekan ini dengan menggunakan lip pencil kod Spice atau Cork dari MAC Comestics. Sempurnakan gaya solekan ini dengan kilauan lutsinar atau gincu yang lebih ringan.

See also
Izara Aishah Lancarkan Rangkaian Mekap!

 

Foto: Instagram/Gabbriette

Artikel berkaitan: 6 Gincu Tona Beri Untuk Musim Sejuk Pilihan GLAM