Gaya Fesyen Terinspirasi “Spotify Wrapped” 2024 Anda
Tahun 2024 tidak lama lagi akan melabuhkan tirainya. Akhiri tahun ini dengan meriasi gaya fesyen menurut Spotify Wrapped 2024 anda.
Hello pencinta musik! Memperkenalkan ciri baharu AI, Your Music Evolution, yang menganalisis tabiat mendengar muzik bulanan anda dan mengkategorikannya kepada tiga fasa unik. Meneroka laporan berasaskan data tentang sejarah mendengar muzik anda, menjadikannya gaya fesyen hanya dengan stau klik di spotify, sepadan dengan evolusi muzik anda, daripada Surf Crush Beach Reggae hingga Vampire Alt Z Dark Pop! Melangkah ke fenomena budaya tahunan, Spotify Wrapped mengajak kita untuk berhenti sejenak, memberi peluang untuk merenung kembali perjalanan tahun ini. Sama ada anda seorang party girl 365, Charli XCX sepanjang tahun atau obses dengan senarai lagu rasmi filem Wicked. Hasil yang membawa pengguna melalui perjalanan muzik dengan lebih unik. Mengait rapat musik dengan trend fesyen dan pentas peragaan terpanas tahun ini.
Akhiri Tahun 2024 Bersama Spotify Wrapped Anda
#1 Pink Pilates Princess Strut Pop
Calling out coquette dan feminitas ballerina girlies! Gaya hiper, estetika pink pilates princess menjadi tajuk Spotify Wrapped tahun ini. Pendengar yang sering mendengar muzik artis seperti Sabrina Carpenter, Charli XCX, dan Chappell Roan, mencerminkan keagungan pop girl 2024. Gayakan dengan hanya laysuit pastel, reben berkilat, dan leg warmers lembut, menggabungkan athleisure dengan nostalgia fesyen Y2K.
#2 Surf Crush Beach Reggae
#3 Wild West Slow Dance Country
Obsesi fesyen terhadap gaya Barat dan cowboy core lebih mendalam daripada sekadar tali bolo dan hiasan hujung yang meleret. Kenaikan populariti trend ini dapat diaduk dengan usaha kreatif artis muzik terbesar masa kini. Dengan ikon seperti Beyoncé yang menonjolkan akar Houston-nya, estetika Barat kini secara rasmi menguasai dunia dengan satu topi koboi pada satu masa.
#4 Sweater Weather Softcore Indie
Dari The Neighborhood, any takers for “Sweater Weather”? Sweater tebal akan sentiasa memeluk tubuh yang merinding, material serba selesa sentiasa menjadi pilihan gaya. Kelebihan serbagunanya menjadikannya pakaian sempurna untuk hari-hari berangin ketika waktu malam di musim sejuk. Dikenali dengan perasaan nostalgia yang unik dan menenangkan, estetika sweater weather memberikan rasa keselesaan ke mana saja anda pergi di musim hujung tahun ini.