The Hermitage Jakarta Destinasi Penginapan Jejak Sejarah

Penginapan Bersejarah di Kota Jakarta

The Hermitage, a Tribute Portfolio Hotel, Jakarta menawarkan pengalaman hotel lima bintang yang unik, menggabungkan konsep masa lalu dan masa kini. 

Terokai Jakarta, Indonesia dengan seni deko dari tahun 1920-an yang terletak di kawasan berpresti, Menteng. Lokasi hotel ini sangat strategik membolehkan tetamu menjelajah pesona Pasar Seni Antik penuh nostalgia dan menikmati gaya hidup mewah di Plaza Indonesia. Gabungan sejarah dan kemodenan mencipta kenangan indah di kota penuh warna ini!

1. Bilik Elegan di Lokasi Ikonik

The Hermitage memiliki 89 bilik dan suite yang elegan, menggabungkan deko klasik dengan keselesaan kontemporari, menawarkan tempat istirahat yang tenang hanya beberapa minit dari kota Jakarta yang sibuk. Kawasan ini pernah menjadi pusat kehidupan mewah Indo-Belanda dan tetamu dapat merasai keindahan sejarah Jakarta sambil menikmati kemeriahan dan suasana kota ini.

2. Seni Dalam Makanan

Terdapat empat pilihan makanan di The Hermitage Jakarta iaitu 1928 Restaurant, warisan kulinari Indonesia dengan gabungan pengaruh Indonesia dan kolonial. The Hermitage Lounge menawarkan suasana yang sofistikated tetapi intim. Di La Vue Rooftop Bar, tetamu dapat menikmati koktel istimewa sambil menikmati pemandangan panorama Jakarta. Untuk menikmati sajian pencuci mulut, Lee Anne Cake Shop menyediakan gabungan rasa tempatan dan pastri klasik.

See also
Cipta Kenangan Terindah Sekali Lagi di The Westin Langkawi Resort & Spa

3. Keanggunan Alfresco

Setiap sudut The Hermitage menonjolkan seni bina alfresco, terutamanya di Courtyard bertutup kaca yang menjadi signature hotel ini. Ruang unik ini menyediakan latar belakang yang elegan sesuai untuk majlis perkahwinan intim dan acara eksklusif, di mana pencahayaan semula jadi mencipta suasana yang lembut dan tenang.

4. Keindahan Di Setiap Langkah

Kredit foto: The Jakarta Post

Terletak di tengah Jakarta, The Hermitage menawarkan lokasi strategik untuk meneroka ibu kota seperti Monumen Nasional, Kota Tua, dan pusat membeli-belah Plaza Indonesia dan Grand Indonesia. Berdekatan dengan mercu tanda budaya seperti Masjid Istiqlal dan Katedral Jakarta, hotel ini memberi akses mudah ke tempat-tempat bersejarah dan laman hijau seperti Taman Suropati.

5. Warisan Moden Mewah

Dinobatkan sebagai Hotel Bandar Terbaik di Jakarta oleh Travel + Leisure pada tahun 2023, The Hermitage Jakarta menawarkan pengalaman yang berprestij bagi pengembara yang mencari ketenangan dan keaslian. Hotel di bawah jenama Marriott Tribute Portfolio ini turut menyediakan faedah Marriott Bonvoy, memberikan pengalaman eksklusif pada setiap penginapan.

See also
Power Couple Hollywood, Joe Manganiello & Sofia Vergara Umum Perceraian

Artikel Berkaitan: Hidangan Mewah Tahun Baru Di The RuMa Hotel and Residences