10 Hot Model Terkini Yang Menguasai Dunia Fesyen - Glam Malaysia

10 Hot Model Terkini Yang Menguasai Dunia Fesyen

Barisan ‘hot model’ seperti Anok Yai, Hadid Sisters dan ramai lagi, kini mengambil alih dunia fesyen dengan karier model mereka yang cukup berjaya. GLAM kongsikan himpunan model terkini yang cukup popular di peringkat antarabangsa!

Industri fesyen semestinya mempunyai aliran yang terus berjalan tanpa henti, begitu juga dengan dunia pemodelan yang terkait rapat. Daripada era Naomi Campbell dan Cindy Crawford, kini beralih pula ke generasi lebih muda yang memberi nafas baharu. Temui 10 hot model of the moment yang kini menguasai pentas peragaan mahupun muka depan jenama fesyen.

10 Hot Model Of The Moment!

1. Anok Yai

 

Pernah tercalon sebagai “Model of The Year” pada tahun 2023, Anok Yai sememangnya salah seorang model yang cukup ikonik dan diminati buat era kini. Untuk tahun ini sahaja, Anok Yai telah menutupi pentas peragaan buat dua jenama terkemuka iaitu Mugler SS25 dan Vetements SS25.

2. Amelia Gray

Memulakan perjalanannya kariernya di personaliti televisyen, Amelia Gray Hamlin kini merupakan antara hot list model! Untuk musim ini sahaja, Amelia Gray sudah memperagakan jenama seperti Max Mara, Coperni, Miu Miu, Stella McCartney dan banyak lagi.

See also
A-List GLAM: Dayang Nurfaizah

3. Mona Tougaard

Alaia, Schiaparelli, Chanel, Louis Vuitton, dan Loewe, kesemuanya Mona Tougaard sudah takhluki! Model berkelahiran Denmark ini menjadi salah seorang model yang direbuti oleh kebanyakkan jenama fesyen mewah sekarang.

4. Alex Cosani

Dikenali sebagai seorang model yang dramatis, bakat Alex Consani sememangnya jelas terpacar terutama ketika dia berjalan di pentas peragaan Maison Margiela SS24. Alex Consani kini banyak diperlihatkan berjalan di pentas peragaan termasuk Alexander Mcqueen, Lacoste, dan Chanel.

5. Sherry Shi

Memulakan perjalanan dalam karier modelnya seawal umur 16 tahun di pertunjukan Alexander Wang Resort 2019, Sherry Shi ternyata mempunyai bakat semula jadi dalam dunia pemodelan. Antara jenama yang telah diperagakan ialah Marc Jacobs, Dior, Givenchy, Diesel dan banyak lagi.

6. Gigi Hadid

Siapa yang tidak mengenali model popular era kini Gigi Hadid? Memiliki aura tersendiri, Gigi merupakan antara model yang pasti akan menarik perhatian buat semua media, apabila ditampilkan di mana-mana sahaja pentas peragaan fesyen.

7. Vittoria Ceretti

Model berketurunan Itali ini sememangnya mempunyai kecantikan natural yang luar biasa. Dengan hanya berumur 26 tahun, Vittoria telah berjalan di banyak pentas peragaan termasuk Chanel, Chloé, Schiaparelli, Courréges dan juga Fendi.

See also
Bella Hadid "Mengelak" Selena Gomez dan The Weeknd Sepanjang Malam di MET Gala?

8. Yasmin Wijnaldum

Seorang model yang amat terkenal dengan keyakinan berjalanannya, Yasmin Wijnaldum merupakan model banyak ditampilkan di pentas peragaan fesyen. Ramai yang menggemari bakatnya dan jenama seperti Versace, Roberto Cavalli, Dolce & Gabbana telah mengambil Yasmin untuk berjalan buat pertunjukan fesyen mereka.

9. Hyunji Shin

Model berkelahiran Korea, Shin Hyun-Ji merupakan model yang amat digemari oleh kebanyakkan pereka fesyen termasuk mendiang Karl Lagerfeld. Memulakan kariernya dengan memenangi Korea Next Top Model, kini Hyunji menggunakan bakat yang ada lantas menjadi salah seorang model asia yang cukup popular.

10. Bella Hadid

Save the best for the last! Model ikonik Bella Hadid merupakan hot model yang sememangnya disayangi ramai. Bakat, kejelitaan dan sifatnya, nyata membuatkan ramai yang jatuh cinta padanya. Walau pernah berehat seketika kerana sakit, Bella tetap menguasai pengaruh fesyen yang tinggi dan telah berjalan di banyak pentas peragaan Saint Laurent, Balenciaga, Versace, Moschino dan pertunjukkan Victoria Secret baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Model of The Year 2017 Dianugerahkan Kepada… Guess Who?

See also
GLAM FIRST: LOEWE Spring/Summer 2022