PATOU X Onitsuka Tiger Koleksi Penuh Keanggunan Paris
Patou dan Onitsuka Tiger hadir dengan koleksi eksklusif yang menyatukan rekaan berani, warna segar, dan sentuhan sofistikated.
Very cutesy, very Parisian chic. Koleksi yang merangkul pelbagai gaya. Kolaborasi antara Onitsuka Tiger dan Maison Patou membawa sebuah penggayaan moden yang berani dan berwarna-warni. Menjelang Onitsuka Tiger meraikan ulang tahun ke-75 dan Patou memperingati 110 tahun keunggulannya, kedua-dua jenama ikonik ini bersatu untuk mencipta koleksi yang merayakan semangat peneroka dan kreativiti tanpa batas. Patou X Onitsuka Tiger menyuntik energi keseronokan dan keanggunan dalam setiap langkah, dengan tiga model kasut yang menonjolkan rekaan ikonik Onitsuka Tiger yang diberi nafas baru oleh Patou. MEXICO 66™, MEXICO RINKA™, dan MEXICO 66™BALLERINA hadir dengan rekaan yang menggabungkan elemen klasik dan sentuhan moden, memberikan keanggunan yang segar untuk jalanan di kota cinta Paris dan bandar-bandar utama dunia.
Koleksi PATOU X Onitsuka Tiger Khas Buat Pilihan Quirky!
Claudia Sulewski tampil memperagakan koleksi yang benar mencerminkan identiti PATOU dengan cukup stilysh! Lebih detial, fabrik digunakan adalah material grosgrain yang elegan, rona hitam dan merah jambu yang menonjol, serta logo khas kolaborasi menjadikan setiap model lebih daripada sekadar kasut tapi a fashion statement!
Himpunan helaian yang melengkapi penampilan unik termasuk Hoodie, kemeja-T, dan aksesori dengan sentuhan warna utama Patou serta perincian grosgrain ikonik menawarkan padanan uniseks yang memukau. Koleksi eksklusif ini boleh didapati di 15 butik terpilih serta secara dalam talian mulai 20 November 2024, membawa perpaduan sejarah, gaya, dan semangat moden dalam setiap ciptaan.
Diinspirasikan daripada kolaborasi ini, acara tersebut akan membawa pengunjung ke dunia maya di mana dua remaja dari Paris dan Tokyo, yang berkongsi sebuah pangsapuri kecil, menggabungkan budaya mereka dalam harmoni di bawah satu bumbung, mencipta kombinasi budaya Jepun dan Perancis yang menawan.
Artikel Berkaitan: Koleksi Voyou Givenchy Musim Luruh-Sejuk 2024 Serlah Gaya ‘Bad Boy’ & Feminin