G-Dragon Kembali & Sertai Empire, Label Muzik Pemilik Palestin
Ikon K-Pop, G-Dragon telah kembali menggegarkan dunia muzik dengan lagu terbarunya pada 31 Oktober 2024 yang lalu berjudul Power.
Selepas 7 tahun menyepi sebagai seorang pemuzik, G-Dragon akhirnya kembali untuk menggegarkan dunia K-Pop. Power kini melonjak ke tangga teratas carta video muzik YouTube dalam masa sehari selepas dikeluarkan. Lagu itu kini kekal popular di platform penstriman tempatan. G-Dragon melontarkan rap dengan sindiran tajam mengenai “kritikan paksa yang semakin tersebar,”. Ia disasarkan kepada media sensasi yang menyebarkan khabar angin tentang dakwaan penggunaan dadahnya berdasarkan rakaman yang diambil di luar konteks pada tahun 2022.
Gelaran ‘King of K-Pop’ semakin melonjak naik apabila berita tentang label muzik barunya disebarkan. Lagu berjudul Power itu dikeluarkan oleh agensi Korea G-Dragon, Galaxy Corporation Lagu itu dikeluarkan dengan kerjasama bersama label bebas Empire Distribution. Dengan pantasnya ramai mendapati bahawa Empire dimiliki oleh Ghazi Shami. Dia ialah seorang usahawan Palestin yang secara konsisten lantang bersuara mengenai serangan brutal yang berterusan terhadap rakyat Palestin oleh Israel. Walaupun peminat domestik mungkin tidak begitu mengambil berat, peminat global K-Pop secara konsisten bersuara mengkritik Zionisme dan pengaruh Zionis. Memandangkan statusnya sebagai “royalty” dalam K-Pop, pilihan G-Dragon untuk bekerjasama dengan Empire mendapat banyak pujian kerana ia dianggap sebagai langkah yang terbaik.
Kemunculan semula G-Dragon kali ini juga menjadi berita gembira untuk para VIPs selepas dia membuat kemunculan di konsert ahli sekumpulannya, Taeyang. Setelah sekian lama menyepi, G-Dragon kini semakin aktif. Dia juga membuat kemunculan dalam rancangan ahli kumpulannya, Daesung di Youtube. Baru-baru ini, dia juga menghadiri acara Chanel in Hong Kong sebagai selebriti kesayangan jenama itu.
Artikel Berkaitan: G-Dragon Dilantik Sebagai Professor Khas di KAIST, Korea