Tiara Queen Mary Yang Hilang Kini Milik Tengku Ampuan Pahang?

Tiara Diamond Bandeau Queen Mary Yang Hilang Kini Milik Tengku Ampuan Pahang?

Penemuan menarik! Berkemungkinan Tiara Diamond Bandeau milik Queen Mary yang dikatakan hilang kini milik Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Tiara ini terdiri daripada berlian berbentuk ‘lozenge’ yang bermotifkan berlian dan mutiara pada bahagian atas dan bawah, di mana ia berkemungkinan dari Cartier, dan dipercayai dihasilkan pada awal 1910-an.

Tiara milik Queen Mary dan Princess Margaret

Memetik laporan dari The Royal Watcher, Tiara Diamond Lozenge milik Queen Mary sebelum ini pernah dipakai oleh Princess Margaret semasa Lawatan Negara Belanda ke Britain pada tahun 1950 dan Lawatan Negara Denmark ke Britain pada tahun 1951. Dikatakan bahawa tiara ini adalah hadiah ulang tahun ke-18 dari Queen Mary kepada Princess Margaret.

Princess Margaret memakai tiara ini pada beberapa majlis pada tahun 1960-an, tetapi sejak itu tiara ini tidak pernah dilihat di khalayak ramai dan menyebabkan banyak pihak menganggap ia mungkin disimpan di Peti Simpanan Diraja British.

See also
Rozita Che Wan Diselimuti Busana Sarat Berlian Di KLFA 2021

Namun, besar kemungkinan bahawa Princess Margaret telah menjual tiara ini secara senyap pada hujung tahun 1970-an atau awal 1980-an, berikutan penjualan Tiara Amethyst milik Queen Mary yang sama.

Tengku Ampuan Pahang beli tiara di New York

Pada tahun 1988, Puteri Chulabhorn dari Thailand melihat tiara berlian yang dijual di New York City dan memberitahu Tunku Azizah untuk membelinya, yang kemudiannya dihantar ke Malaysia. Sejak itu, tiara ini sering dipakai oleh Tungku Azizah dalam pelbagai majlis rasmi dan jamuan, termasuk pada sambutan ulang tahun Sultan Pahang pada Julai lalu, serta dalam potret rasmi beliau sebagai Tengku Ampuan Pahang.

Meninjau di ruangan komen di TikTok, Tungku Azizah mengesahkan tiara tersebut dibeli semasa di New York. “Saya beli di New York. Saya punya dan tidak perlu pulang,” jelasnya.

Pada tahun 2002, Tiara Diamond Lozenge ini juga dipakai oleh Cik Puan Julita Aisha Abdul Latif semasa perkahwinannya dengan Tengku Abdul Rahman. Selain itu, tiara ini turut dipakai oleh anakanda Tungku Azizah, Tengku Puteri Afzan, semasa Hari Sukan di sekolahnya dan semasa sambutan ulang tahun ke-21 beliau pada 2021.

See also
Trend Utama Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2021

Tiara ini juga dipakai oleh Tengku Puteri Jihan semasa majlis perkahwinan Tengku Nurul Kamalia pada tahun 2008 serta majlis jamuan berikutan pengisytiharan ibu bapa mereka sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong pada tahun 2019.

Terkini, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan turut mengenakan Tiara Diamond Bandeau yang dihiasi dengan empat brooches tambahan semasa Istiadat Berinai beliau di Istana Abdul Aziz minggu lalu.

Artikel Berkaitan: GLAM Wedding: Rakyat Jelata Raikan Akad Nikah Tengku Muhammad & Tengku Natasya