Mahligai Cinta Diraja Persandingan Acheh Tengku Bendahara & Tengku Natasya - Glam Malaysia

Mahligai Cinta Diraja Persandingan Acheh Tengku Bendahara & Tengku Natasya

Istiadat persandingan yang bersejarah buat Tengku Muhammad dan Tengku Natasya kini menjadi momen terindah yang dinanti-nantikan bagi semua. 

Di singgahsana cinta, kedua mempelai bersanding indah, disatukan dengan doa dan restu yang mengiringi perjalanan hidup mereka bersama dengan penuh keindahan, cinta, dan harapan yang mekar. Pada 30 Oktober lalu, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan berangkat ke Majlis Perkahwinan YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan YM Tengku Natasya Puteri Binti Tengku Adnan yang diadakan di Hotel St. Regis.

Cinta Penuh Tradisi Terpatri, Tengku Natasya Dan Tengku Muhammad Terbina Bahagia.

persandingan

Kredit: Moza Wahyu via Istagram @mozawahyu

persandingan

Kredit: Moza Wahyu via Istagram @mozawahyu

Suntingan tradisi Acheh terlihat pada hiasan kepala simbolik adat istiadat Indonesia. Busana kebaya maroon yang disarung oleh Tengku Natasya dari Vera Anggraini Kebaya yang menawan memberikan gabungan sentuhan tradisional membuat momen bahagia terasa indah.

See also
8 Cara Untuk Seks Tahan Lebih Lama

Dengan penuh keanggunan dan kebahagiaan, Yang Mulia Tengku Natasya Puteri, kini isteri kepada Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, tampil memukau sejurus sebelum melangkah ke pelaminan. Potret indah dan penuh makna antara pengantin diraja ini berjaya dirakam dengan sempurna, menangkap detik-detik bersejarah yang jarang berlaku, mekar hanya sekali dalam kehidupan.

persandingan

persandingan

Saat yang penuh makna ini, menyaksikan persandingan buat dua jiwa bersatu dalam ikatan yang suci, menjadi kenangan abadi yang akan dikenang sepanjang zaman. Cinta yang bersemi di pelaminan, membawa harapan dan doa untuk perjalanan kehidupan bersama yang penuh kebahagiaan dan keberkatan.

Manakala pada 28 Oktober 2024 lepas, Istiadat persandingan penuh tradisi antara YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan berlangsung megah di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, disaksikan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Kredit: HIAN TJEN via Instagram

Kredit: HIAN TJEN via Instagram

Melangkah masuk ke Balai Mahkota, sosok Tengku Natasya Puteri yang anggun memperagakan busana kahwin serba putih dari pereka HianTjen berhias penuh manik berkilauan. The Majestic White, busana direka khas untuk Istiadat Bersanding. Kesopanan, kesucian, dan keabadian diserlahkan dalam rona putih istimewa, diperbuat daripada kain tenunan Brunei yang disempurnakan dengan sulaman tangan mengikut corak geometri tenunan Brunei.

Kredit: HIAN TJEN via Instagram

Dengan perincian yang mewah dan halus, corak yang menawan ini tampak lebih magis pada potongan berstruktur, dengan kilauan lembut yang menambahkan seri pada gaun dan ekor panjang yang mencecah lantai. Setiap perinciannya terletak seperti bisikan lembut, memperlihatkan kehalusan dan keindahan diraja yang memancarkan keanggunan dan kecantikan yang serasi dengan kehadiran Duli Yang Teramat Mulia.

See also
Tengku Ampuan Pahang Kongsi Sesi Raptai Perkahwinan Tengku Muhammad

Ketibaan pengantin lelaki yang tampan dalam rona yang sama, diiringi alunan indah instrumen selo, menambah suasana penuh magis pada istiadat gemilang ini. Majlis penuh gilang-gemilang ini turut dihadiri oleh Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, bersama paduka-paduka kakanda dan adinda serta kerabat diraja Pahang. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dan Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, turut hadir memberikan restu.

Pada jam 8.36 malam, Istiadat Perkahwinan Diraja Pahang berlangsung dengan penuh adat istiadat dan keagungan warisan diraja. Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hadir menyaksikan detik indah tersebut, tampil memukau dalam persalinan krim yang elegan.

persandingan

Pasangan pengantin diraja yang sama anggun dan sepadan, dengan senyuman yang tidak lekang di wajah, kemudian diiringi Tengku Amir. Upacara persandingan ditutup dengan bacaan doa untuk keberkatan majlis, sebelum pasangan diraja menuju ke Balai Bendahara bagi sesi memotong kek dan santapan. Tetamu disajikan pelbagai hidangan tradisional Pahang, termasuk Patin Buah Tempoyak dan Ayam Kampung Gulai Tempoyak.

See also
GLAM Wedding: Keindahan Busana Nikah Tengku Natasya Adnan

Artikel Berkaitan: GLAM Wedding: Keindahan Busana Nikah Tengku Natasya Adnan