Tanah Suci Saksi Keanggunan Ameera Khan Berjubah

Pilihan Gaya Ameera Khan Di Tanah Suci, Kekal Cantik Dalam Beribadah

Pempengaruh dan ikon fesyen, Ameera Khan kekal cantik semasa mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga tercinta di Tanah Suci, Makkah.

Gaya hidupnya sering mendapat perhatian umum dan dalam perjalanan rohani ini menampilkan sisi Ameera yang sopan dengan berhijab dan mengenakan jubah.

Anggun berjubah di Tanah Suci

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Ameera kelihatan sangat manis berpakaian menutup aurat dengan menyarung jubah dalam pelbagai warna antaranya hitam, hijau, putih, merah jambu dan merah dari koleksi Nunha Store.

Jubah longgar yang dipakai kelihatan sangat selesa untuk aktiviti beribadah di sana. Malah, Ameera juga tampil berseri dengan mengenakan solekan yang minimal.

Kembali mengerjakan ibadah umrah selepas sebelas bulan dari Januari lalu, Ameera memberitahu henna rama-ramanya juga sudah semakin pudar yang dibuat di sana pada awal tahun.

Selain itu, adik kepada usahawan Neelofa ini berkongsi gambar-gambar indah di Makkah dan meneruskan perjalanan ibadahnya ke Madinah.

Melalui perkongsiannya ini, Ameera bukan sahaja menjadi sumber inspirasi dalam bidang fesyen, tetapi juga dalam menjalani kehidupan yang berlandaskan nilai-nilai agama seterusnya mengajak pengikutnya untuk menghayati keindahan ibadah dengan cara yang elegan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan)

Artikel Berkaitan: Cedok Inspirasi 5 Gaya Fesyen Ameera Khan Pilihan GLAM

See also
Cedok Inspirasi 5 Gaya Fesyen Ameera Khan Pilihan GLAM