Most GLAM 2024: The Chameleons

Most GLAM 2024: The Chameleons

Wajah mereka sudah menghiasi kulit majalah hingga ke lembaran GLAM. Langkah cukup anggun dan melenggang cantik di atas pentas lokal dan antarabangsa. Jelitawan Malaysia ini adalah epitome keunikan tanah air yang glam mahu terus raikan.

pengarah kreatif AIZAT AIDID pengarah seni kanan KHAIRANI RAMLI pengarah seni AMIRUL ARIFIN penyelaras SYAHIRAH HUSSAIN & ZAHIRAH ZULKHAIRI teks MAYA KUSUMA gambar CHIN TOO solekan KF BONG, SYED FAIZAL, TIAR ZAINAL, KEVIN LEE dandanan BIBIANG LEONG, OLIVIA OOI, PHILEX CHIN penata gaya hijab FARHANA FAUZY pelatih amali MAIRA IKHZUL, BATRISYA FAISAL

A’liah A’kasyah

Bagaimana bermula kerjaya sebagai seorang peragawati? 

Ia bermula semasa PKP dan sebuah jenama tempatan meninggalkan pesanan di Instagram. Pada mulanya, ragu-ragu kerana perlu berada di depan kamera dan saya tidak begitu selesa, bukan sesuatu yang biasa bagi saya. Kemudian, ibu beritahu saya patut cuba kerana masih muda. Jadi ia adalah pengalaman yang luar biasa di mana pada mulanya saya tidak tahu apa yang hendak diharapkan, tetapi lama-kelamaan, mula jatuh cinta. Memang ada rasa takut untuk berada di depan kamera, tetapi mula berasa yakin setelah diberitahu berkali-kali dan buat saya percaya pada diri. 

Amber Chia

Siapakah peragawati lokal mahupun antarabangsa yang menjadi ikutan?

Masa saya memulakan kerjaya sebagai peragawati, Ling Tan sedang berada dikemuncak. Dia adalah peragawati pertama dari Malaysia yang pergi ke New York. Ling Tan memberi motivasi kepada saya. Ketika dia bermula memperaga di Malaysia, dia tidak begitu berjaya, tetapi apabila terbang ke New York, semua orang melihat kecantikannya. Dia memberi saya semangat untuk bergerak lebih maju dalam kerjaya ini. Semua orang melihat kecantikan dengan cara yang berbeza dan kita perlu menunggu seseorang yang tahu menghargai kecantikan itu.

See also
Victoria Beckham x Mango; Sebuah Hadiah Posh Spice Buat Semua

Deborah Henry

Kongsikan skill lain yang kamu miliki? 

Saya minat kepada isu-isu politik, sosial, dan perkara-perkara seperti itu. Jadi, secara semulajadinya, saya mengikuti laluan itu dalam kerjaya kini. Hari ini, mengendalikan sebuah NGO yang menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada pelarian di Malaysia. Saya juga memulakan jenama barang kemas sendiri. Saya pernah bekerja dalam pelbagai produksi, rancangan televisyen, dan kemahiran lain. Selain itu menajdi usahawan yang mengendalikan perniagaan dan startups. Projek terkini adalah podcast sendiri yang dipanggil Debonair. Banyak peranan yang saya galas.

Hidayah Baharudin

Cara terbaik menjaga kesihatan fizikal dan mental apabila bekerja sebagai peragawati? 

Saya rasa menjaga kulit dan pemakanan adalah penting. Sebagai peragawati, terdapat banyak pesaing, jadi saya cuba berfikiran bahawa ini adalah industri fesyen yang sentiasa berubah. Semua berserah kepada rezeki dan berfikiran positif supaya tidak memberi tekanan kepada diri. Juga kurangkan tengok media sosial kerana tidak mahu membandingkan diri dengan orang lain dan bertanya, “Am I good enough?” Jadi, saya akan elakkan diri daripada menggunakan media sosial, terutamanya ketika berasa sedih.

Rubini Sambanthan

Kongsikan kisah paling menarik sepanjang bergelar peragawati?

Selepas fashion spread pertama saya, setiap bulan saya ada fashion spread dalam pelbagai majalah lain. Bagi saya, sebagai anak gadis yang datang dari pekan kecil, itu adalah pengalaman yang menakjubkan. Kedua, saya menyertai Asia’s Next Top Model kerana ingin berkongsi cerita dan yakin boleh memberi inspirasi kepada ramai orang dan gadis-gadis seperti saya dalam mengejar impian mereka. Selain itu, saya juga melakukan kempen dengan Shu Uemura buat kali pertama. Mereka terbang ke Malaysia dan membawa semua pempengaruh dan peragawati. Saya adalah salah seorang gadis Shu Uemura. Jadi, itu adalah salah satu momen luar biasa bagi saya kerana saya diberitahu bahawa ini adalah kali pertama mereka memilih seorang peragawati berbangsa India. Saya juga pergi ke Jepun dan melakukan kempen global mereka.

See also
Tuti Noor: The Return Of The Malaysian Supermodel

Sheena Liam

Bagaimana bermula kerjaya sebagai seorang peragawati? 

Secara tempatan, saya telah ditemui bagi sesi penggambaran majalah ketika berusia 15 tahun di pusat membeli-belah, Midvalley Megamall. Diperingkat antarabangsa, saya mula bergerak selepas memenangi Asia’s Next Top Model, ia membuka jalan kerjaya saya merantau ke seluruh dunia. Ia merupakan pengalaman yang luar biasa.

Tinie

GLAM

Runway, photoshoot atau videoshoot, yang mana satu menjadi pilihan dan mengapa? 

Runway sebab ini kemahiran saya. Ramai orang merindui kehadiran saya di pentas runaway selepas 24 tahun. Tetapi sejak pandemik, saya sudah kurangkan catwalk disebabkan faktor kesihatan, umur, dan saya ingin memberi peluang kepada anak-anak muda untuk merasai apa yang saya rasakan dahulu. Saya selalu dapat DM yang mengatakan, “Mama, saya rindu tengok you di pentas peragaan,” tetapi saya sudah tak berehat dari pentas peragaan.

Tengku Azura

GLAM

GLAM bagi kamu adalah?

Bukan sekadar majalah, tetapi sebuah platform yang telah menginspirasi kreativiti dipelbagai bidang, terutama dalam dunia fesyen. Lebih dari itu, GLAM telah menjadi pendukung setia bagi peragawati tempatan, termasuk saya dalam menjalani karier di industri peragaan. Terima kasih GLAM atas penghargaan dan sokongan anda sepanjang perjalanan kerjaya saya sebagai peragawati. Truly, you are the best of the best!

See also
Citarasa Luar Biasa Solange

Thanuja Ananthan

GLAM

Runway, photoshoot atau videoshoot, yang mana satu menjadi pilihan dan mengapa?

Runway akan sentiasa menjadi cinta pertama saya! Saya berasa paling selesa dan bebas ketika berjalan catwalk, terasa dalam elemen sendiri.

Tuti Noor

GLAM

Kongsikan kisah paling menarik sepanjang bergelar peragawati?

Tahun lepas, Tuti pergi ke New York buat pertama kalinya bersama dengan Alia Bastamam. Bertemu dengan beberapa agensi, tetapi kerana misi mungkin tidak berjaya dan Tuti tidak menerima “tidak” sebagai jawapan, jadi saya akan cuba lagi. Awal tahun ini, hampir berjaya untuk ditandatangani dengan agensi impian saya. Tetapi terpaksa melepaskan semua agensi lain dan menjadi eksklusif. Saya lakukan apa yang perlu, menghantar semua dokumen, dan kemudian mereka berubah fikiran. Saya sangat sedih dan balik tanpa apa-apa. Pada bulan Mac, saya kemas beg dan terbang ke New York lagi, dengan simpanan yang nyawa-nyawa ikan dan harapan yang tinggi, serta restu dari ibu bapa. Dua bulan sebelum Tuti balik ke Kuala Lumpur, saya akhirnya ditandatangani!, dengan agensi yang sama yang Tuti jumpa tahun lepas! If it’s meant to be, it will be? Tuti banyak belajar daripada struggle dalam perjalanan itu.

 

Baca kisah penuh barisan juita – juita ini dengan mendapatkan majalah GLAM isu November 2024 di pasaran sekarang atau langgan secara online menerusi magzter.com.