Kim Kardashian Terima Hadiah Berlian $20,000 Dari Anak

Kim Kardashian Terima Hadiah Berlian $20,000 Dari Anak

Ulang tahun Kim Kardashian yang ke-44 disambut dengan penuh kasih sayang oleh anak-anaknya dengan cara mereka yang tersendiri. 

Sempena ulang tahunnya yang ke-44, Kim Kardashian disambut oleh anak-anaknya dengan cara yang tidak disangka. Anak sulungnya, North Kardashian menghadiahkan wanita itu seutas rantai berlian bernilai $20,000 sempena hari kelahirannya itu. Akan tetapi, terdapat satu lagi kejutan apabila hadiah itu terdapat ukiran tertulis ‘Skibidi Toilet’, satu slang daripada Generasi Alpha. Kim berkongsi rakaman rantai leher yang pelik itu di media sosial, dan “Love, North,” bersama dengan tarikh.

Kim Kardashian

Dalam video yang dimuat naik di Instagram Stories Kim sendiri, dia kedengaran ketawa sambil menerangkan, “North bagi saya rantai leher berlian ini yang tertulis ‘Skibidi Toilet.’ Wow.” Di luar kamera, North kedengaran menjelaskan sebab di sebalik pilihannya: “Sebab anda sukakan Skibidi Toilet.” Sambikl tertawa, Kim membalas, “Saya suka?” Skibidi Toilet ialah siri YouTube yang dicipta oleh Alexey Gerasimov, terdiri daripada video mini yang mengikuti peperangan fiksyen yang tiada penghujung antara tandas berkepala manusia dan cyborg. Frasa ini telah menjadi popular di kalangan remaja di seluruh negara. Walaupun bahagian hadapan plak rantai leher itu mempunyai ukiran yang agak pelik, bahagian belakangnya hanya tertulis, “Love North 10/21/24.”

See also
Agenda Fesyen Kylie Jenner. GLAM Pilih Lima Stail Terbaik

Kim Kardashian Menyambut Ulang Tahun Bersama Anak-Anak

Kim juga menyambut ulang tahunnya bersama tiga lagi anaknya, Saint, Chicago dan Psalm. Wanita itu berkongsi di Instagram Story bagaimana anak-anaknya menghias rumahnya dengan belon berwarna merah jambu dan putih dihiasi gambar keluarganya. “Lihat apa yang Chi Chi dan anak-anak buat untuk saya. Mereka buatkan saya belon, tetapi dengan mesej dan gambar setiap seorang daripada kami yang tergantung,” katanya. Kardashian kemudian berkongsi beberapa mesej daripada anak-anaknya yang berbunyi: “Kamu seperti bunga untuk saya” dan “Mommy adalah ibu terbaik di dunia.” Usahawan kaya itu menerangkan bagaimana West membantu menyesuaikan belon itu dengan gambar wajah Kardashian dalam satu lagi Instagram Story. Dia berkata: “North, adakah kamu buat belon ini?” North membalas, “Saya tidak buat belon itu, tetapi saya belikannya untuk mommy!”

Pada malam sebelumnya, Kim Kardashian juga tampil memukau di sebuah majlis awal sambutan ulang tahunnya yang mewah, mengenakan gaun slip Diesel bernilai $2,081 yang digelarnya sebagai “baju hari lahir”nya.