ILLIT Bakal Rampas Takhta BLACKPINK?

Kenali Kumpulan K-Pop ILLIT, Bakal Rampas Takhta BLACKPINK?

ILLIT, kumpulan k-pop yang semakin mendapat perhatian sejak kemunculan sulung mereka menerusi lagu Magnetic.

Dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Yunah, Minju, Moka, Wonhee dan Iroha, mereka pada awalnya berenam ketika menyertai program realiti R U Next? namun, Youngseo membuat keputusan untuk keluar daripada ILLIT pada 5 Januari 2024, selepas mendapat persetujuan bersama untuk menamatkan kontraknya dengan Belift Lab.

Magnetic berjaya pecah rekod

Belift Lab di bawah naungan Hybe turut melahirkan bakat-bakat hebat yang lain antaranya NewJeans dan Le Sserafim. Kini, ILLIT juga mengikuti jejak langkah mereka dan berjaya mencapai kejayaan bukan sahaja di dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

ILLIT membuat debut pada 25 Mac lalu dengan sebuah mini album Super Real Me, dan lagu berjudul Magnetic berjaya memecahkan beberapa rekod antaranya mencapai 73 PAKs (Perfect All Kill) menjadikan ILLIT kumpulan kedua di dalam sejarah K-Pop yang berjaya mencapai PAK di carta Korea dengan debut single mereka selepas lagu Whistle oleh BLACKPINK yang berjaya mencapai 11 PAKs.

See also
GLAM Profil: Ridzuan Alias, Pereka Fesyen Teruntum Putih

Nama ILLIT adalah kombinasi daripada perkataan “I Will Be It” yang bermaksud mereka berpotensi untuk menjadi apa sahaja yang diinginkan sekiranya mereka berkehendak. Selain itu, fakta menarik tentang ahli kumpulan ILLIT dua daripadanya berasal dari Jepun iaitu Moka dan Iroha. Jom kenali setiap ahli mereka:

1. Yunah

Umur: 20 tahun

Tarikh lahir: 15 Januari 2004

Tempat lahir: Chungju, Chungcheongbuk-do, Korea Selatan

Posisi: Ketua

2. Minju

Umur: 20 tahun

Tarikh lahir: 11 Mei 2004

Tempat lahir: Namyangju, Gyeonggi, Korea Selatan

Posisi: Vokalis utama, visual

3. Moka

Umur: 20 tahun

Tarikh lahir: 8 Oktober 2004

Tempat lahir: Fukuoka, Jepun

4. Wonhee

Umur: 17 tahun

Tarikh lahir: 26 Jun 2007

Tempat lahir: Namyangju, Gyeonggi-do, Korea Selatan

5. Iroha

Umur: 16 tahun

Tarikh lahir: 4 Februari 2008

Tempat lahir: Tokyo, Jepun

Posisi: Penari utama, maknae

 

Artikel Berkaitan: Peminat Teruja BLACKPINK Rosé Kucup Bruno Mars