Konsert Ulang Tahun 2NE1 Habis Dijual Di Kebanyakkan Negara
Konsert Ulang Tahun 2NE1 Habis Dijual Di Kebanyakkan Negara

Tiket Konsert Ulang Tahun 2NE1 Laris! Habis Dijual Di Kebanyakkan Negara

Sempena ulang tahun debut mereka yang ke-15, 2NE1 sekali lagi membuktikan populariti mereka yang tidak pernah habis dengan kuasa jualan tiket yang luar biasa . 

Mereka berjaya menjual habis kebanyakkan tiket konsert di negara-negara lain selain daripada Korea Selatan. Tiket konsert mereka di Seoul juga habis dijual walaupun sudah menambah satu lagi persembahan tambahan untuk konsert mereka. Selepas konsert di Seoul, 2NE1 akan bergerak ke Kobe World Hall di Jepun pada penghujung November. Kemudian, mereka akan ke Ariake Arena di Tokyo pada awal Disember. Tiket untuk kedua-dua lokasi ini juga sudah habis dijual walaupun konsert akan berjalan selama tiga hari di negara-negara itu. Selain itu, hari tambahan untuk konsert mereka juga ditambah di Taipei, Singapura dan Manilla.

Menurut YG Entertainment, persembahan tambahan untuk ‘2024 2NE1 CONCERT [WELCOME BACK] IN SEOUL’ di Olympic Hall, Taman Olimpik di Seoul, telah terjual habis. Walaupun berlangsung pada hari biasa, semua tempat duduk terisi sejurus selepas jualan dibuka pada hari sebelumnya. Konsert ini bukan sahaja dihadiri oleh BLACKJACKS, peminat mereka. Malah selebriti terkenal seperti BIG BANG, NewJeans, Hyunjin, HAN, Changbin dan Seungmin dari Stray Kids, Jennie dari BLACKPINK, Yonghwa dari CNBLUE serta ramai lagi. Konsert mereka di Seoul  juga dibuka oleh persembahan dari junior mereka, BabyMonster. Konsert ini membuatkan peminat mereka teruja dengan reunion YG Family yang dinanti-nantikan. 

2NE1 membuat kemunculan sulung mereka pada 6 Mei 2009 dan terus memenangi hadiah utama seperti Song Of The Year pada tahun yang sama dengan lagu mereka, I Don’t Care. Mereka kemudian berehat pada tahun 2016 dan mengumumkan pembubaran pada 25 November 2016. Pada tahun 2022, 2NE1 membuat kemunculan mengejutkan di Coachella 2022. Kumpulan wanita global ini akhirnya bersatu pada tahun ini untuk menyambut ulang tahun mereka yang ke-15 bersama peminat seluruh dunia. 

Pautan Berkaitan: Raja K-Pop, G-Dragon Bakal Kembali Dalam Dunia Muzik