10 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Gala TIME100 Next 2024 - Glam Malaysia

10 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Gala TIME100 Next 2024

Kehadiran deretan selebriti seperti Sabrina Carpenter, Nicola Coughlan, Ashley Park dan ramai lagi di acara Gala TIME100 Next 2024 tampil meriah. Red carpet moment menjadi bualan di sosial media dan GLAM kongsikan 10 gaya selebriti terbaik di acara berprestij ini.

Berlangsungnya acara Gala TIME100 Next 2024 di Chelsea Piers, New York yang meraikan pemimpin-pemimpin baru dari seluruh dunia, membentuk masa depan dan menentukan generasi kepimpinan akan datang. Acara berprestij ini juga meraikan peningkatan bakat daripada pelbagai bidang latar belakang termasuk hiburan.

Dalam pada itu, momen karpet merah turut menjadi tumpuan utama selain daripada penganugerahan TIME100 Next ini. Anugerah terkenal tahun ini menampilkan selebriti seperti Sabrina Carpenter yang sedang melonjak naik popularitinya. Selain itu, selebriti terkenal Nicola Coughlan, Ashley Park, Victoria Monet serta pemenang Aungerah Emmys, Anna Sawai juga antara tetamu yang hadir.

Deretan Gaya Selebriti Di Gala TIME100 Next

1. Sabrina Carpenter

Sabrina Carpenter tampil dalam busana Versace di karpert merah Gala TIME100 Next.

See also
Identiti Tersendiri Amal Clooney

2. Ashley Park

Ashley Park memadukan padanan busana Elie Saab, dilengkapi dengan kasut tumit tinggi Jimmy Choo.

3. Nicola Coughlan

Tampil menawan, Nicola Coughlan memadankan busana Dior Haute Couture.

4. Anna Sawai

Pemenang Anugerah Emmys Pelakon Utama Cemerlang Drama Bersiri, Anna Sawai hadir dalam busana Tory Burch.

5. Victoria Monét

Red moment! Victoria Monét tampil dengan elemen seksi dan anggun dalam busana Roberto Cavalli.

6. Amelia Dimoldenberg

Amelia Dimoldenberg kelihatan jelita di Gala TIME100 Next, berbusana Christopher Esber.

7. Kaia Gerber

Model serta pelakon Kaia Gerber memadukan padanan Ferragamo SS25 bersama kasut tumit tinggi daripada Jimmy Choo.

8. Reneé Rapp

Reneé Rapp tampil dengan aura tersendiri dan kelihatan cukup chic dalam busana Willy Chavarria.

9. Laufey

Laufey yang juga diperlihatkan antara tetamu yang hadir, memadankan Chanel di acara berprestij ini.

10. Kat Graham

Kat Graham menarik perhatian atas tampilan yang cukup mempersonakan, dalam busana serba hitam Christian Siriano.

Artikel Berkaitan: Gaya Selebriti Di Karpet Merah Ulang Tahun ke-50 American Music Awards

See also
Kempen S/S 18 Dior Menerima Interpretasi Seni Sasha Pivovarova