GLAM Kongsi 5 Skrub Yang Melicinkan Dan Melembutkan Bibir - Glam Malaysia

GLAM Kongsi 5 Skrub Yang Melicinkan Dan Melembutkan Bibir

Selain penggunaan balsem bibir, skrub juga menjadi item cantik yang mampu mengatasi masalah bibir kering dan kusam. GLAM Cantik kongsikan lima skrub bibir terbaik yang boleh anda terokai!

Ramai wanita yang menggemarkan alat solek gincu kerana ia seperti penambah seri muka dalam rutin bersolek. Namun, penggunaan gincu yang kerap mampu menggelapkan bibir lantas menjadi kusam. Oleh yang demikian, penggunaan produk kecantikan seperti skrub, ternyata mampu mengatasi buat mereka yang mengalami masalah bibir kering.

Lima Skrub Bibir Terbaik Pilihan GLAM Cantik

1. Dior Lip Sugar Scrub

Foto: Sephora

Skrub bibir daripada jenama Dior ini adalah penggunaan balsem sutera yang disemat dengan gula ultra halus, nyata mampu melembapkan bibir dengan hanya satu sapuan. Di samping formulanya yang cukup bagus untuk menghidratkan tekstur bibir, pembungkusan Dior Lip Sugar Scrub ini yang dihadirkan dalam bentuk batang, menjadikan ia skrub bibir yang mudah untuk digunakan dan cukup praktikal.

2. Burt’s Bee Conditioning Lip Scrub

Foto: Sephora

Diperbuat daripada 100% bahan natural, Burt’s Bee Conditioning Lip Scrub merupakan skrub bibir perapi dengan meninggalkan kesan yang cantik dan berseri. Buat mereka yang menghadapi masalah seperti bibir menggelupas, produk kecantikan ini mampu exfoliates secara lembut dengan Honey Crystals tanpa merosakkan tekstur bibir.

See also
20 Jenama Kecantikan Selebriti Terbaik 2023

3. Fenty Beauty Pro Kiss’R Lip-Loving Scrubstick

Foto: Sephora

Rihanna menghadirkan produk Fenty Beauty Pro Kiss’R Lip-Loving Scrubstick sebagai suatu produk penjagaan bibir yang boleh digunakan di mana-mana sahaja! Cukup praktikal namun bukan itu sahaja, skrub bibir ini juga melembapkan tanpa meninggalkan rasa melekit kerana padat dengan intipati biji aprikot yang berfungsi untuk menyuburkan bibir yang lebih sihat.

4. Fresh Sugar Lip Polish

Foto: Sephora

Merawat dan melembapkan, Fresh Sugar Lip Polish adalah jawapannya! Ia diperbuat daripada bahan-bahan termasuk kristal gula perang asli, humektan semula jadi dan kemudian, menyelimuti bibir pula dengan mentega shea dan minyak jojoba yang berkhasiat. Lantas, kesannya menawarkan rupa bibir yang licin bak sutera dan cukup sesuai digunakan sebagai langkah awal dalam rutin cantik sebelum mengunakan produk bibir yang lain.

5. Estée Lauder Pure Color Envy Smoothing Sugar Scrub

Foto: Sephora

Produk kecantikan Estée Lauder Pure Color Envy Smoothing Sugar Scrub merupakan lip exfoliator yang mampu menyental serpihan kasar pada tekstur bibir yang kering atau tidak sekata. Ketepatan hablur gula lembut dalam produk ini berfungsi untuk menghasilkan rupa bibir yang lebih licin serta lembut. Sesuai digunakan ketika bare lips, ia akan mendatangkan kesan yang lebih optimum.

See also
Trend Terkini: Solekan Iridescent

Artikel berkaitan: Skrub Lemonade Segarkan Kulit Wajah