5 Filem Fesyen Ikonik Sepanjang Zaman
5 Filem Fesyen Ikonik Sepanjang Zaman

5 Filem Fesyen Ikonik Sepanjang Zaman

Fesyen dan filem, merupakan dua elemen seni yang jika digabungkan, bakal menjadi satu adunan filem fesyen ikonik yang sempurna.

Gabungan daripada pengarah yang bijak menangkap keanggunan gaun yang bergerak dalam layar hingga pereka fesyen yang meninggalkan jejak mereka dalam dunia sinematik. Hubungan simbiotik ini telah menghasilkan beberapa momen paling tidak terlupakan dalam sejarah filem. Sama ada anda ingin menerokai industri fesyen melalui sudut yang berbeza, berminat untuk mempelajari kisah di sebalik saat-saat penting dalam sejarah fesyen, atau hanya ingin menikmati sedikit gaya. Hari ini, GLAM akan berkongsi 5 filem fesyen ikonik sepanjang zaman yang menjadi pilihan saya.

#1 Confession of a Shopaholic

Filem Fesyen Ikonik

Filem fesyen ikonik ini dibintangi oleh Isla Fisher sebagai Rebecca Bloomwood, seorang wartawan yang obses dengan fesyen dan mempunyai tabiat membeli-belah yang tidak terkawal. Ini menyebabkan hutangnya semakin meningkat. Rebecca yang tinggal di kota New York bekerja sebagai penulis untuk sebuah majalah fesyen. Walaupun dia mempunyai minat yang mendalam terhadap fesyen, dia mendapati dirinya terjebak dalam hutang kad kredit yang besar akibat tabiat membeli-belahnya yang tidak dapat dikawal. Ketika dia mengharungi masalah kewangannya dan berusaha untuk mengawal perbelanjaannya, dia semakin tertarik kepada Luke, seorang pakar kewangan peribadi. Pembangunan karakter Rebecca boleh dilihat di dalam filem ini dari seorang yang obses kepada membeli-belah kepada seorang yang rasional.

See also
Hubungan Dua Lipa & Anwar Hadid Dilanda Badai

#2 Clueless

Filem Fesyen Ikonik

Antara filem fesyen ikonik yang klasik ialah Clueless. Pakaian seperti gaun mini putih Calvin Klein dan set blazer dan skirt checkered berona kuning akan membawa anda ke Clueless secara automatik. Berlatar belakangkan Beverly Hills, filem ini mengikuti kehidupan Cher Horowitz, seorang pelajar sekolah menengah yang kaya, popular, dan bermurah hati. Alicia Silverstone membawa watak ikonik ini dengan sempurna hingga disayangi hingga hari ini. Salah satu elemen penting Clueless ialah fesyen yang berani dan ikonik. Pakaian Cher yang diperhalusi dengan teliti, bersama-sama dengan pengatur cara almari pakaiannya yang canggih. Filem ini memberi pengaruh besar terhadap gaya era itu, dengan skirt plaid, stokin hingga lutut, dan ensemble berwarna pastel.

#3 The Devil Wears Prada

Filem Fesyen Ikonik

Mendalami realiti sebenar bekerja di bawah syarikat majalah fesyen terbaik di dunia, The Devil Wears Prada ialah filem fesyen ikonik yang tepat. Seorang graduan kewartawanan yang diterima bekerja di majalah fesyen Runway terpaksa membiasakan dirinya dengan dunia fesyen yang keras. Meryl Streep memberikan lakonan yang mendebarkan dan dicalonkan untuk Oscar sebagai Miranda Priestly, ketua editor majalah Runway. Andy Sachs, lakonan Anne Hathaway yang pada mulanya tidak tahu tentang fesyen tetapi kemudian menceburi dunia penuh persaingan ini sebagai pembantu Miranda. Filem ini dipenuhi dengan dialog yang mudah diingati serta disokong oleh lakonan cemerlang Emily Blunt dan Stanley Tucci. Namun, satu soalan yang masih bermain di minda penonton filem ini. Siapakah antagonis dalam filem ini? Teman lelaki Andy atau Miranda?

See also
Harnaaz Sandhu Dari India Menang Miss Universe 2021

#4 Cruella

Filem Fesyen Ikonik

Walaupun gambaran dunia fesyen oleh Disney agak melampau, ia juga ikonik. Filem ini menceritakan kisah asal-usul Cruella DeVil pada zaman mudanya, yang dilakonkan oleh Emma Stone. Dia merupakan penjahat bergaya dari filem 101 Dalmatians. Filem fesyen ikonik ini seolah-olah villain origin story buat Curella.  Permulaannya sebagai pereka fesyen yang memberontak dengan menolak fesyen bunga-bungaan dan keghairahan gaya London era 1960-an dengan memperkenalkan sesuatu yang lebih gelap dan berbahaya. Cruella mempunyai banyak persamaan dengan tokoh dunia sebenar seperti Vivienne Westwood dan John Galliano. Walaupun kostumnya tidak bersejarah, kisah tentang ego dan keterlaluan dalam fesyen memang bersifat abadi. Filem

#5 Coco Before Chanel

Filem Fesyen Ikonik

Filem fesyen ikonik yang terakhir berkisahkan tentang salah satu nama terbesar dalam dunia fesyen, Coco Chanel. Lakonan memukau Audrey Tautou sebagai Coco Chanel adalah pilihan yang tepat. Filem ini menggambarkan waktu awal Chanel sebagai seorang tukang jahit, sebelum dia menubuhkan jenama fesyen ikoniknya. Dengan bantuan sinematografi dan arahan seni yang elegan, momen gaya yang menakjubkan hasil sentuhan pereka kostum Perancis, Catherine Leterrier, yang memenangi Anugerah César untuk karyanya. Ini adalah salah satu filem fesyen yang jarang ditemui lebih-lebih lagi dengan mendalam, menawarkan pandangan yang menyentuh hati ke dalam dunia dalaman pereka fesyen berikut.

See also
Sebab Sebenar Lady Gaga Putus Hubungan Dengan Tunangnya

Pautan Berkaitan: Devil Wears Prada Akan Kembali, Jom Imbas Momen Ikonik Filem Fesyen Ini!