Calvin Klein Menyambut NewJeans Dalam Kempen Musim Luruh 2024
NewJeans, kehadiran memukau lima anggota kumpulan fenomena muzik global. Fesyen bertemu muzik, kini menjadi bintang utama Calvin Klein.
NewJeans Menyemarakkan Gaya Muda & Cool Vibes di Calvin Klein
“Kami sangat teruja untuk membintangi kempen Calvin Klein,” “Kerjasama ini terasa begitu semula jadi kerana Calvin Klein adalah jenama yang berakar pada keyakinan diri. Bersama pasukan mereka, kami dapat menonjolkan keperibadian kami dalam kempen ini sambil berseronok mengenakan gaya terkini musim ini.” kata NewJeans.
Penggayaan dalam kempen ini berpusat pada koleksi denim Calvin Klein Fall 2024, yang menampilkan potongan barrel, wide, dan straight leg, direka untuk mencerminkan semangat bebas era 90-an. Manakala, jeans musim ini dipadankan dengan baju-T monogram ikonik Calvin Klein, yang kini hadir dalam potongan cropped dan boxy, disertai dengan pakaian luar terbaru untuk gaya moden. Antara jaket puffer, bomber, denim trucker klasik, dan blazer, penampilan keseluruhannya adalah kontemporari, menyeronokkan, dan penuh personaliti.
Dapatkan koleksi Calvin Klein yang diperagakan oleh NewJeans dengan tee Monogram Logo Calvin Klein, menampilkan tandatangan ikonik pada tee 100% kapas, dan juga tersedia dalam versi Baby Tee yang snug dan cropped. Selain itu, jeans Straight 90-an asas denim sempurna dengan potongan lurus yang santai, tersedia dalam pelbagai warna seperti biru klasik dan stone wash. Serta skirt denim maxi dengan belahan depan menawarkan potongan maxi tinggi yang feminin, sementara trucker 90-an signature menjadi keperluan almari dengan potongan vintaj dan dibuat daripada 100% kapas untuk keselesaan dan gaya klasik.
Pada 24 September 2024, kempen ini akan dilancarkan secara global dengan kandungan menampilkan NewJeans yang akan disiarkan di saluran sosial @calvinklein sepanjang minggu. Kempen ini juga akan dipaparkan di lokasi-lokasi luar yang berimpak tinggi di seluruh dunia, dan poster kempen akan tersedia sebagai hadiah pembelian di pasaran terpilih di Asia, Amerika Utara, Eropah, dan Mexico.