Cha Eun-Woo Wajah Calvin Klein Musim Luruh 2024
Cha Eun-Woo Segak Dalam Kempen Calvin Klein Musim Luruh 2024

Cha Eun-Woo Segak Dalam Kempen Calvin Klein Musim Luruh 2024

Calvin Klein mempersembahkan Cha Eun-Woo sebagai wajah kempen pakaian lelaki musim luruh menggabungkan minimalism moden dan keanggunan ‘timeless’.

Jenama Calvin Klein melancarkan kempen baru yang menampilkan penyanyi dan pelakon terkenal dari Korea Selatan, Cha Eun-Woo. Sering kali muncul sebagai figura terkemuka fesyen, Cha Eun-Woo meneruskan pencapaiannya sebagai wajah Calvin Klein untuk pakaian lelaki Musim Luruh 2024. Koleksi terbaharu ini sesuai digayakan dari pagi hingga malam dengan menampilkan siluet segar dan penerokaan baru dalam gaya minimalism.

Calvin Klein Musim Luruh 2024 Menampilkan Siluet Segar Dan Minimalism

Koleksi pakaian lelaki Calvin Klein Musim Luruh 2024 ini mengetengahkan pakaian luar dengan gaya ‘timeless’ dan minimalism. Calvin Klein Studio juga diperkenalkan sebagai jenama yang menampilkan keperluan asas yang lebih mewah. Di dalam kempen ini, Cha Eun-Woo menggayakan gaya kasual dengan mengenakan t-shirt berlogo Calvin Klein, Monogram Logo Tee dan 90s Straight Jeans. Cha Eun-Woo tampak lebih bergaya dengan menyarung Matte Bomber Jacket serta Cotton Twill Car Coat dan Leather Car Coat daripada Calvin Klein Studio.

See also
Calvin Klein Menawarkan Khidmat Made-To-Measure

Tampil minimal tetapi masih tetap bergaya, Cha Eun-Woo menggayakan Lamb Suede Car Coat yang diperbuat daripada kulit kambing yang lembut dan tahan lasak dimadukan bersama Cotton Silk Tee dan Relaxed Cotton Cashmere Jeans. Manakala Double-Breasted Wool Gabardine Blend Blazer dan Pleated Trousers adalah sentuhan moden dan premium pada siluet jahitannya. Diperbuat daripada kain bulu ringan dengan potongan yang sedikit longgar menampilkan gaya yang ‘effortless’. Turut dipadankan bersama adalah Cotton Silk Tee bagi gabungan tekstur yang berbeza.

Selain itu, Calvin Klein Studio juga memperkenalkan ‘staple’ pakaian luar terbaru yang diperbuat daripada campuran kain bulu twill yang lembut dan berstruktur kolar point dan panjang hingga lutut bagi menyerlahkan gaya ‘effortless’. Cha Eun-Woo menggayakan bersama Paneled Cotton Button-Down Shirt dan Straight Wool Pull-On Pants, di mana ia menampilkan potongan lurus moden yang dijahit rapi dalam seratus peratus wool. Gaya ini disempurnakan dengan pemakaian beg Large Line Leather Tote Bag.

Dalam kempen ini, Cha Eun-Woo membintangi kempen pakaian lelaki Calvin Klein Musim Luruh 2024 yang diarahkan oleh AJ Duan dan difoto oleh Park Jong-Ha. Cha Eun-Woo digambarkan dalam potret yang mewah di mana cahaya semula jadi dan sentuhan warna biru memberi keceriaan kepada jahitan klasik jenama ini.

See also
GLAM x Coach 2018: Fazura & Fattah Amin 360° Episod 2

Artikel Berkaitan: Bintang Thai BRIGHT, Menyinari Kempen Calvin Klein