Penampilan 'Preppy Goth' Jenna Ortega Jadi Bualan Ramai - Glam Malaysia

Penampilan ‘Preppy Goth’ Jenna Ortega Jadi Bualan Ramai

Raut wajah manis dan sosok badan kecil Jenna Ortega tampak hebat dalam memperagakan gaya gothic preppy di premier filem terbaru Beetlejuice Beetlejuice pada 6 September 2024.

Jenna Ortega, 21 tahun cukup terkenal sebagai Wednesday Addams dari filem Netflix. Kini Jenna terpilih sebagai Astrid Deetz, anak perempuan kepada watak Lydia Deetz, Winona Ryder dari filem asal. Beetlejuice 2 adalah francais seram dalam sekuel yang dinanti-nantikan kepada komedi seram tahun ’80-an yang asal. Jenna juga telah mencipta semula salah satu kostum sebenar dari filem asal, dengan perhatian kepada perincian yang tiada tandingan. Pakaian temanya hampir sepenuhnya berwarna hitam dan putih, merujuk kepada sut bergaris monokrom Beetlejuice.

Bride in Red, Wedding Dress Lydia Deetz

Kredit: via Instagram @jennaortega

Jenna Ortega di Venice Film Festival. Busana custom rona merah tulle gown menyerlah dari Dior Haute Couture, desain yang berinspirasikan wedding dress ikonik karakter Lydia Deetz. Dengan bahagian atas berbentuk hati, yang dipadankan dengan kasut bertapak tinggi. Jenna melengkapkan penampilannya bersama kalung Bois de Rose, gelang, dan cincin emas putih, emas merah jambu, dan berlian dari Dior Joaillerie, serta solekan merah yang sepadan dengan keseluruhan outiftnya.

See also
Ikon Fesyen: Charlotte Gainsbourg

Beetlejuice Power Suit Symbolism 1988

BEETLEJUICE

Kredit: STEPHANE CARDINALE – CORBIS/CORBIS/GETTY; WARNER BROS/COURTESY EVERETT

Seterusnya, Ortega mengenakan sut buatan Paul Smith berwarna burgundy yang direka khas, sut yang merujuk kepada penampilan hari perkahwinan Beetlejuice oleh Micheal Keaton dalam filem asal. Jenna terlihat melengkapkan sut berkolar dua dengan kalung dan cincin yang ringkas.

BEETLEJUICE

Kredit: McQueen Resort 2025

Justeru, blazer bersaiz besar daripada koleksi McQueen Resort 2025, dipakai sebagai gaun mini bersama stoking merah. Handkerchief satin berona oxblood menjadi sentuhan terakhir, sementara coli burgundy beropol lut sinar terlihat sedikit dari bawah blazernya. Jenna  meneruskan tema warna merah dengan gincu merah bata, dan mengekalkan rambut hitamnya disisir ke belakang. Keseluruhannya, penampilannya membuktikan bahawa fesyen gotik tidak semestinya terhad kepada pakaian serba hitam.

Arca Delia Deetz

BEETLEJUICE

Kredit: via Instagram @enriquemelendez

Ketiga, pakaian custom dari Harris Reed, top korset 3D berbunga, hem peplum, dan jalur samping hitam baldu. Ditambah dengan sarung tangan baldu opera hitam dan cincin koktel yang berkilau. Busana ini juga diinspirasikan dari arca atau seni buatan dari filem asal Beetlejuice oleh #DeliaDeetz / #CatherineOHara. To complete the look, Ortega membawa tas tangan berbentuk rumah oleh Ozias, yang direka berdasarkan rumah berhantu keluarga Deetz.

See also
11 Selebriti Yang Enggan Menjadi Hamba Kepada Media Sosial

Dress Hantu Barbara Maitland

Kredit: via Instagram @enriquemelendez

Dress bercorak bunga dari Giambattista Valli Paris yang diinspirasikan dari corak dress Barbara Maitland (kiri) dan custom bag tangan “For The Recently Deceased” dari @oziasparis. Solekan Jenna yang terlihat pucat untuk menyerupai kematian isteri Maitland di movie asal.

Seragam Sekolah Lydia Deetz

Kredit: Getty Images

Penghormatan buat Lydia Deetz yang IKONIK! Busana dari Thom Browne. Peminat filem Beetlejuice tentu tahu outfit ini cukup sesuai buat Lydia yang sentiasa memilih the emo look walaupun berpakaian sekolah. Jenna juga memakai custom bag tangan “For The Recently Deceased” dari @oziasparis.

Dress Arkib Vivienne Westwood

Kredit: Getty Images

Dress dari arkid Vivienne Westwood oleh 365 Tailoring di Mexico City. Platform corak kulit ular Mary Jane dari Steve Madden yang diinspirasikan oleh ular berkepala Beetlejuice dari filem asal. 

Zombie Sculpture Dress

Kredit: Getty Images

Gaun yang diukir dengan begitu terperinci ini diilhamkan oleh filem terbaru Beetlejuice Beetlejuice. Busana rona hijau gelap ini menampilkan garis leher strapless berbentuk arca serta butiran tali korset. Teknik pengacuan yang rumit turut menghidupkan salah satu babak dari filem tersebut, mengambil inspirasi daripada watak zombi, Bob yang seolah-olah muncul pada gaun itu dalam bentuk kepala-kepala kecil.

‘Preppy Goth’ Pakaian Jalur dan Monokrom Sebagai Penghormatan Kepada Watak Ikonik Utama.

Kredit: Getty Images

Serving up soft goth glam La Bella Mafia vibes! Jenna memakai top dan skirt hitam jalur dari @dolcegabbana shot by @thealexandraarnold.

Kredit: Getty Images

Kredit: @jennaortega in Vivienne Westwood

Kredit: Getty Images

Kredit: Getty Images

Kredit: Getty Images

Kredit: Getty Images

Nantikan filem Beetlejuice Beetlejuice di pawagam 6 September 2024.

Artikel Berkaitan : Jenna Ortega Jalin Hubungan Bersama Johnny Depp?