Arisa Soraya Kongsi 5 Produk Penjagaan Wajah Kegemarannya Bulan Ini
Arisa Soraya, wajah muka depan GLAM Next isu kedua yang lalu berkongsi produk penjagaan wajah pilihannya untuk bulan ini.
Baru menamatkan pengajian di London, gadis muda berumur 23 tahun ini mempunyai minat yang mendalam terhadap kecantikkan. Arisa Soraya membesar dengan video-video Michelle Phan, seorang Youtuber kecantikkan yang terkenal. GLAM telah menemu bual Arisa Soraya, wajah muka depan GLAM Next untuk bulan September tentang 5 produk penjagaan wajah kegemarannya bulan ini.
5 Produk Penjagaan Wajah Pilihan Arisa Soraya
Kata Arisa, kulitnya sangat sensitif dan kering terutamanya pada waktu malam, oleh kerana cuaca di London. Kulit sensitif Arisa juga seringkali memberi reaksi yang tidak baik kepada produk-produk yang mengandungi wangian. Faktor-faktor ini mempengaruhi pilihannya dalam produk penjagaan kulit, dengan memberi tumpuan kepada penghidratan dan kelembutan.
#1 Pembersih Wajah Rhode
Bak kata Arisa Soraya, produk yang mengandungi wangian seringkali menyebabkan kulitnya bertindak negatif. Tetapi, pembersih wajah Rhode mendapat pengecualian. Tidak seperti beberapa pencuci yang menyebabkan kulit terasa ketat dan kering, pembersih wajah dari jenama milik Hailey Bieber ini membuatkan kulit rasa lebih anjal dan terhidrat. Info dari Arisa yang juga mengejutkan GLAM, pembersih wajah Rhode ini boleh juga digunakan sebagai penanggal solekan, tanpa perlu menggosok dengan kuat.
#2 Serum Malam Estee Lauder
Serum malam Estee Lauder menawarkan banyak manfaat, seperti yang diketengahkan oleh Arisa sendiri. Serum ini membantu menjadikan kawasan gelap pada kulit Arisa untuk tampil kurang jelas, memperbaiki warna kulitnya secara keseluruhan.Dari segi penghidratan, ia juga memberikan kelembapan pada kulit, sangat bermanfaat untuk kulit kering Arisa Soraya, terutamanya di iklim yang lebih sejuk seperti London. Arisa juga menyatakan bahawa kulitnya terasa lebih anjall dan segar apabila bangun tidur. Serum malam Estee Lauder ini mengandungi bahan-bahan seperti Asid Hyaluronik, Peptida, Vitamin C dan Antioksidan untuk membantu merawat kulit sensitif seperti Arisa.
#3 Pelindung Matahari Supergoop
“Di Malaysia, mesti ada pelindung matahari.” ujar Arisa Soraya ketika ditemu bual. Pelindung matahari kesukaan Arisa ialah pelindung matahari Watery Lotion dari Supergoop. Kata Arisa, efek bersinar dari memakai pelindung matahari itu sesuai dengan acara-acara yang dihadiri olehnya. Formula dari Watery Lotion Supergoop ini dicipta khusus untuk menyediakan SPF harian yang penting, bersifat universal, ringkas, mudah, dan berkesan. Diperkaya dengan bahan-bahan yang menyuburkan kulit, pelindung matahari ini melindungi kulit daripada sinaran UVA/UVB dan radiasi inframerah, serta membantu menapis cahaya biru dan pencemaran.
#4 Vaseline
Bagi Arisa, Vaseline digambarkan sebagai produk yang mampu menyembuhkan segala-galanya, menjadikannya pilihan serba boleh untuk pelbagai masalah kulit. Ia sangat berkesan untuk mengatasi kulit kering serta memberikan kelembapan yang diperlukan oleh kulit Arisa Soraya. Vaseline juga boleh digunakan pada pelbagai bahagian tubuh, menjadikannya produk yang berguna untuk penjagaan kulit secara keseluruhan.Ciri-ciri ini menjadikan Vaseline sebagai item penting dalam rutin penjagaan kulit gadis jelita ini terutamanya untuk mengekalkan kesihatan kulitnya.
#5 Pemerah Pipi Rare Beauty
Walaupun berwajah polos, sedikit rona diperlukan untuk menaikkan seri wajah mulus Arisa yakni dengan pemerah pipi. Pemerah pipi pilihan Arisa ialah pemerah pipi cecair dari Rare Beauty. Pemerah pipi ini digemari olehnya kerana hasil akhir yang semula jadi dan kemampuannya untuk blend bersama kulit dengan baik. Bagi Arisa Soraya, pemerah pipi cecair ini memberikan penampilan yang lebih semula jadi berbanding dengan pemerah pipi serbuk. Ia boleh digunakan bersama produk solekan lain seperti gincu, meningkatkan keseluruhan penampilan solekan sambil mendapat the no makeup look.