Koleksi Anamika Khanna H&M

H&M Raikan Keindahan Seni India Bersama Koleksi Baru Dengan Anamika Khanna

 H&M Raikan keindahan seni India bersama koleksi baru  Anamika Khanna yang vibrant dengan corak dan siluet merayakan budaya India.
H&M melancarkan koleksi yang menarik perhatian bersama pereka fesyen India terkenal, Anamika Khanna. Koleksi ini mendukung ciri eklektisme dan bakat pereka yang berpangkalan di Kolkata, menggabungkan esen glamor dan aksi detail mewah dengan seni jahitan kontemporari dan pakaian santai yang bersifat nyaman. Sejak melancarkan jenamanya pada 1998, Anamika Khanna mencetus pengaruh tersendiri yang langsung mendorong dalam memodenkan fesyen India. Dan menterjemah tradisi kraf negara yang kaya kepada pasaran yang lebih luas.

Harmoni sempurna dengan warna terang, corak dan hiasan sulaman tangan, koleksi ini penuh dengan gaya yang versatil. Mudah disesuaikan dengan pakaian siang dan malam yang hangat. Di bawah arahan Anamika Khanna, bahkan gaya-gaya utama disematkan dengan nuansa santai, dengan setiap aspek dirancang untuk menjamin keselesaan. Daripada skirt yang bold, kaftan dan dress lembut, termasuk juga gaya terarah sporty. Nyata menghadirkan keanggunan gaya yang inklusif, inovatif dan berkelanjutan, yang menginspirasi wanita di seluruh dunia untuk tampil bergaya dalam keunikan mereka masing-masing.

Mengilhami kod sartorial India kepada pencinta fesyen dunia, Anamika Khanna membayangkan semula potongan tradisional seperti kurta pijama, kaftan dan skirt lungi dengan daya tarikan segar lagi kontemporari. Koleksi ini, yang merangkumi pakaian wanita, lelaki, barang kemas dan koleksi aksesori kecil, akan tiba di butik flagship H&M Lot 10 dan dalam talian di hm.com pada 5 September 2024.

See also
H&M Bakal Melancarkan Sebuah Jenama Baru Pada Musim Luruh Ini

Dedikasi wanita, keanggunan yang mudah mentakrifkan skirt bulu tebal dan kaftan yang dilengkapi asimetri, serta padanan pijama sutera bercetak. Suai padan gaya yang praktikal, misalnya dari bersantai di kolam ke kafe untuk menikmati minum petang. Rekaan ini dihiasi dengan sulaman tangan yang halus. Atau ditonjolkan dengan cetakan bunga dan hiasan berjalur. Malah, sut jacquard yang tegas, dengan aksen gaya sukan, menambah daya tarikan segar.

Penggunaan corak Anamika Khanna yang inovatif bermain pada seluruh koleksi. Mengambil inspirasi daripada arkibnya, cetakan mata gajah dimunculkan semula sebagai corak dan bentuk yang berpusar, menambah keharmonian pada kemeja sutera, skirt lungi dan kot bersulam yang menakjubkan. Hasil kerja yang lebih indah terserlah pada skirt potongan bersulam hitam dan jaket yang elegan, bukan sekadar fesyen dan kemewahan yang berlebihan.

Dan jika anda berencana menggayakan koleksi ini saat liburan, banyak pilihan aksesori yang akan memberikan tampilan santai dan stylish. Kod gaya Anamika untuk perhiasan ternyata mempesonakan. Yang mana, terlihat pada koleksi barang kemas yang kaya detail, seperti anting-anting, kaf tangan dan rantai yang diperbuat daripada logam dan dibuat di India sendiri. Anting-anting dan rantai dengan loket dan rantai logam emas merupakan investasi nyata untuk gaya anda. Desainnya yang menawan akan membuat penampilan tampil penuh gaya.  H&M Anamika Khanna

See also
Siapakah Wanita Lain Yang Bergaya? GLAM Pilih 5 Lagi "ULTRA-STYLISH" 2022

Sejenak Bersama Sama Anamika Khanna H&M Anamika Khanna

APAKAH PERKARA PALING PENTING YANG ANDA INGIN TEROKAI MELALUI KOLABORASI INI?

Saya sentiasa merasakan fesyen India hilang apabila ditafsirkan oleh seluruh dunia. Seringnya, fesyen kami-dari aspek budaya, warisan kraf dan sulaman tekstil-dianggap pakaian atau tidak sesuai dipakai atau cukup moden. Perkara telah banyak berubah, dan koleksi bersama H&M ini membolehkan saya mengambil sesuatu dari India dan menjadikannya global dan kontemporari. Adalah baru bagi saya untuk memikirkan siluet dan gaya dari perspektif global ini, dan ia mendorong saya untuk mengolah semula beberapa rekaan saya.

BAGAIMANAKAH ANDA SIFATKAN MOOD KESELURUHAN KOLEKSI INI?

Easy and loungy. Lounge telah menjadi aspek penting dalam perjalanan rekaan saya. Bertahun-tahun yang lalu, saya mencipta koleksi yang mana saya menukar siluet tradisional India, seperti pijama kurta atau sari India, kepada pakaian sukan yang digayakan dengan sniker. Koleksi itu mencetuskan idea baharu untuk menggabungkan kontras. Lebih banyak saya boleh melakukannya, lebih menarik dan mencabar bagi saya.

STAIL KESUKAAN?

Saya memakai semua rekaan saya pada satu ketika. Ia menjadi sangat peribadi. Jadi, dalam koleksi ini, terdapat banyak rekaan yang menarik. Jika saya keluar, saya akan memakai blaus dan seluar sutere bercetak secara padan. Saya akan memakai sepasang but. Saya akan melapisi beberapa aksesori, menyandang beg di bahu dan terus keluar. Saya juga boleh melihat diri saya memakai koleksi lelaki. Tiada lagi satu gender yang bertumpu pada sesuatu rekaan itu lagi. Saya rasa sangat mudah melihat wanita-wanita lain juga menyarung koleksi lelaki atau sebaliknya.

See also
FESTIVE MOOD ON! Keriangan Tahun Baru Bersama H&M dan Adik-Beradik Kuan.
BOLEH KONGSIKAN SEDIKIT MAKLUMAT TENTANG KETUKANGAN DALAM KOLEKSI INI?
Sulaman merupakan aspek penting dalam DNA rekaan saya. Walau bagaimanapun, sejak awal lagi, kami telah memodenkannya. Kami menggunakan tekstil dan kraf dari setiap bahagian negara dan meletakkannya dalam satu periuk lebur. Dalam koleksi ini, kami telah menggunakannya untuk desain tertentu, namun cukup untuk sekadar membuat ‘statement’.
BAGAIMANAKAH PROSES KERJASAMA ITU TERJADI?
Saya pergi ke Stockholm, dan saya dapati ia sangat indah dan tenang. Semua orang dalam pasukan juga, begitu mudah dan ramah. Saya datang dengan perspektif dan tiada tentangan. Semasa kami bekerjasama, koleksi makin berkembang, dan semua orang bersifat terbuka. Ia merupakan satu proses pembelajaran yang baik. H&M juga punya strategi yang besar di seluruh dunia dengan pembukaan banyak stor dan pelan terperinci serta sistem yang terancang. Sedangkan saya biasanya memikirkan sesuatu perkara itu sewaktu sedang berlaku. Ia merupakan pengalaman belajar yang efektif untuk saya.

Dapatkan koleksi Anamika Khanna H&M di butik flagship Lot 10 dan di hm.com bermula 5 September