Tengku Natasya Adnan

Kenali Tengku Natasya Adnan, Dikhabarkan Pilihan Hati Tengku Muhammad

Bualan hangat tentang Tengku Muhammad bakal bernikah dengan Tengku Natasya, anak kepada bekas menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Kenali Tengku Natasya Adnan, dikhabarkan gerangan pilihan Hati Tengku Muhammad.

Perkahwinan antara golongan diraja dan orang biasa dahulunya sering dihalang oleh perbezaan darjat antara kedua-dua golongan ini. Kini penerimaan yang lebih luas terhadap hubungan antara putera-puteri raja dan rakyat biasa telah berkembang seiring dengan perubahan zaman dan perspektif masyarakat.

Bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama padan.

Dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang, Tengku Muhammad adalah pewaris yang kedua.

Khabar angin yang membanjiri laman media sosial tentang spekulasi perkahwinan mungkin akan berlangsung pada Oktober ini antara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, anakanda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Tengku Natasya Adnan Tengku Mansor, anak kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kredit: via Instagram @tengkunadiraadn | Tengku Natatsya Adnan (kiri)

Tengku Natasya Adnan anak Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor

Disamping itu, wajah yang mempesona dan berkarisma yang luar biasa berkat gabungan warisan Melayu dan Indonesia pasti sudah penambat hati Tengku Muhammad. Wanita jelita berkacukkan Indonesia ini, Tengku Natasya Adnan kini berusia 29 tahun, dilahirkan pada tahun 1995. Manakala, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Bin Tengku Abdullah, 27 tahun yang dilahirkan pada 3 Ogos 1997. Dikatakan ‘age is just a number’. Jarak 2 tahun perbezaan umur bukan halangan bagi Tengku Natasya dan Tengku Muhammad, dua jiwa yang bakal bersatu.

Kredit: via Instagram @tengkunadiraadn | Tengku Natatsya Adnan (kiri)

Kredit: via Instagram @tengkunadiraadn | Tengku Natatsya Adnan (tengah kiri)

Kredit: via Instagram @tengkunadiraadn | Tengku Natatsya Adnan (kiri)

Meskipun dengan berita yang menggembirakan, bualan ini masih tiada kenyataan rasmi dari pihak Istana Pahang atau mana-mana pihak berkuasa yang mengesahkannya. Dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menunggu pengumuman yang sahih dan rasmi mengenai khabar angin ini.

@fazzariffin

TENGKU NATASYA YM DATUK SERİ UTAMA TENGKU ADNAN Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Istiadat Berinai Glam by Fazz Ariffin Thank you so much for having me 🫶🏻🫶🏻🫶🏻 #makeupbyfazzariffin #makeupartistmalaysia #celebritymakeupartist #beautiful #beauty #royalweddingpahang #pahangroyalfamily

♬ Cantik Tiara Andini Arsy Widianto – tiaraandroid

 

 

@aidnrfzh_ this little moment🥹… Credit to owner video. Pls tag yourself if this video is yours. Tq #tengkumuhammad #tabtms #pahangroyalfamily #fyp #foryou ♬ Star – Colde

 

Video mereka luang masa bersama juga tular di aplikasi TikTok membuatkan ramai yang ingin melihat pasangan ini ke jinjang pelamin.