Koleksi BEHATI Merdeka Mencerminkan Kepelbagaian & Perpaduan Kaum Di Malaysia
BEHATI

Koleksi BEHATI Merdeka Mencerminkan Kepelbagaian & Perpaduan Kaum Di Malaysia

GLAM mendekati Kel Wen, Pengarah Kreatif BEHATI bersempena Hari Kemerdekaan yang ke-67 untuk meneroka kisah disebalik koleksi BEHATI Merdeka.

Bersempena Hari Kemerdekaan, Kel Wen merealisasikan impiannya 4 tahun yang dulu yakni untuk melancarkan koleksi BEHATI Merdeka. Koleksi ini menggabungkan elemen kepelbagaian budaya dan kaum di Malaysia. Apa yang lebih menarik lagi, koleksi ini juga menampilkan uniform seragam pekerjaan di Malaysia seperti polis, bomba dan peguam. Dalam koleksi BEHATI Merdeka, Kel Wen bereksperimen menggunakan fabrik tradisional Malaysia seperti batik mendominasi pentas BEHATI yang memberikan kesegaran pada dunia fesyen lokal.

Koleksi BEHATI Merdeka Beridentiti Malaysiana

1. Apakah maksud ‘Merdeka’ bagi anda?

Merdeka bermaksud kebebasan bagi saya sebagai seorang yang kreatif dalam industri fesyen di Malaysia. Saya mahu koleksi ini mempamerkan keterbukaan negara dalam berkongsi komuniti berbilang budaya, dengan menggabungkan budaya kita menjadi identiti yang unik.

2. Mengapa anda memilih ‘Merdeka’ sebagai tema koleksi terbaru di KLFW baru-baru ini?

Saya terinspirasi dengan lokasi minggu fesyen KL tahun ini iaitu di KLCC. Saya ingin melengkapkan momen daripada konsep yang saya cipta 4 tahun lalu yang menetapkan tujuan utama jenama dan apa yang mewakili negara. Saya mahu koleksi ini menceritakan masyarakat Malaysia, dari bandar ke pantai, dari dunia moden hari ini hingga ke zaman dahulu. Mesej koleksi saya adalah untuk membawa semua rakyat Malaysia melihat kembali asal usul kita dan apa yang mengelilingi kita di tanah ini dan iaitu warisan yang kaya.

Foto: Instagram/aliyamarrr

3. Apakah item kegemaran anda daripada koleksi BEHATI Merdeka?

The Kebaya Terbalik. Ia adalah idea di mana saya ingin memberi kehidupan baharu kepada pakaian tradisional tanpa mengubah bentuk asalnya. Ia adalah karya yang istimewa untuk saya kerana ia adalah salah satu usaha kelestarian  untuk menghasilkan fesyen baharu menggunakan fesyen sedia ada.

See also
Meriahkan Merdeka Bersama Koleksi Penuh Tradisi: The Warisan dUCK
4. What’s next for Kel Wen?

Saya sedang mengusahakan label baharu di mana saya akan memfokuskan pada gaya peribadi saya.

 

Artikel berkaitan: Seleksi Restoran Istimewa Sempena Hari Kemerdekaan Pilihan GLAM