Denim Daydream, Kolaborasi Ralph Lauren Bersama Naiomi Glasses - Glam Malaysia

Denim Daydream, Kolaborasi Ralph Lauren Bersama Naiomi Glasses

Label pakaian Ralph Lauren kini mempersembahkan Polo Ralph Lauren x Naiomi Glasses, sebuah koleksi yang meraikan tradisi, kraf serta budaya Navajo.

Ralph Lauren baru-baru ini telah melancarkan koleksi ketiga dan yang terakhir antara kerjasama Ralph Lauren x Naiomi Glasses. Mengangkat tajuk ‘Denim Daydream’ sebagai nama koleksi, ia menandakan berakhirnya kerjasama Artist in Residence pertama syarikat itu dengan Naiomi Glasses yang merupakan penenun DinĂ© (Navajo) generasi ketujuh. Ia adalah sebuah koleksi yang mencerminkan kecintaan dan imaginatif Glasses terhadap budaya rodeo serta menggabungkan warisan dengan cara hidup Navajo.

 

Tradisi Menjadi Kunci Dalam Koleksi Ralph Lauren x Naiomi Glasses

 

Koleksi ini menampilkan palet warna denim dan indigo yang diilhamkan oleh pakaian tradisional peserta rodeo Navajo dan langit biru DinĂ©tah (Bangsa Navajo). Inspirasi reka bentuk untuk koleksi ini tercipta daripada hubungan yang berakar oleh keluarganya dengan rodeo, yang mana disifatkan sebagai “cinta pertama”. Rodeo menjadi aspek penting dalam gaya hidup keluarga Glasses, lantas mencetuskan minat Naiomi dalam menenun.

See also
Inovasi dan Kreativiti TOUS Kekal Bergaya Selepas 33 Tahun

 

Dalam koleksi Denim Daydream ini menampilkan sehingga 27 helai pakaian serta deretan aksesori untuk lelaki, wanita dan juga uniseks. Ia menyuntik elemen tradisional Navajo seperti salib empat arah dan motif anyaman baji. Sorotan lain termasuk jaket indigo, yang terinspirasi daripada jaket trofi rodeo. Jaket dengan perincian bulu di bahagian bawah dan suede youkes pula mencerminkan pakaian tipikal keluarga Naiomi. Baju barat sutera yang dihiasi dengan piping kontras, snap mutiara dan butang concho, nyata setiap perincian memberi penghormatan kepada Naiomi dalam warisan penternakan.

Banyak item dalam koleksi diperbuat daripada material suede kasar yang lasak, di mana ia adalah bahan yang membangkitkan nostalgia untuk Glasses. Koleksi Polo Ralph Lauren x Naiomi Glasses ini bertujuan untuk meraikan dan menghormati tradisi, kraf dan budaya Navajo. Setiap item fesyen dalam koleksi ini turut mewakili satu peristiwa penting dalam perjalanan menganyam Glasses. Ia mempamerkan kemahirannya yang kian berkembang lantas mengetengahkan gambaran tentang kisah peribadi dan identiti Naiomi Glasses yang telah lama memberi inspirasi kepada kerjayanya.

See also
Sejarah Terbesar Streetwear 'World's Collide' Nigo x Nike

Artikel Berkaitan: Ralph Lauren Home Mempersembahkan Koleksi Rumah Modern Driver