Musim Sejuk Berlayar Dengan Tema Nautika
Menjelang ketibaan tahun 2025, trend fesyen tahun ini dari corak leopard ke Boho vibes. Kini musim luruh dan musim sejuk berinspirasikan tema nautika, Resort Wear : pakaian ala kapten. It’s giving “yo-ho-ho dan Ayoy Captain!”
Di Fashion Week 2024/25 dipenuhi dengan atmosfera yang nyaman bak di tiup angin air masin laut. Musim hujung tahun trend fesyen 2024, kini berlayar dengan jaket pelaut mendapat sentuhan couture. Manakala sun hat, beret dan capri pants harus menjadi essentials dalam wardrobe pakaian anda bagi menonjolkan lagi fesyen winter style yang lebih chic.
Trend fesyen baharu yang harus diketahui dari Coastal Grandmas ke Mob Wives yang membawa ke musim sejuk bertemakan Nautika ini. Tema yang menghidupkan semula beberapa trend dan nostalgia dari dekad yang kian lama dilupakan. Sebaliknya, trend fesyen pakaian yang berelemen glamor Hollywood yang diperbaharui, dan gaya bebas dari tahun 70-an.
Mari imbas kembali koleksi terbaharu dari Chanel, Prada dan Emporio Armani!
Chanel Fall/Winter 2024/25 Collection
Prada Fall/Winter 2024 Collection
Emporio Armani Fall/Winter 2024 Menswear
Selebriti Yang Tampil Bergaya Dengan Pakaian ala Lanun!
Pada 14 Julai 2024 yang lepas, Bella Hadid memakai top putih yang seperti kapten kapal, dipadankan dengan seluar capri hitam bersama dandanan rambut beralun seumpama disentuh angin laut. Disamping itu, Pirate Girl Summer adalah trend pakaian yang mewakili bulan kemuncak yang dipenuhi dengan penampilan bergaya laut yang serupa untuk musim sejuk pada hujung tahun ini.