Fenomena Fesyen Corpcore: Office Siren

Fenomena Fesyen Corpcore: Office Siren

Antara mikrotrend yang mnjadi kegilaan peminat fesyen, corpcore mendominasi trend fesyen dengan gaya formal yang dinaiktaraf agar lebih estetik.   

Fenomena mikrotrend dalam dunia fesyen semakin meluas. Trend-trend ini dilabel sebagai ‘core’- balletcore, cottagecore, gorpcore dan yang masih trending, corpcore. Corpocore merupakan singkatan untuk corporate core. Istilah yang agak baru ini menggambarkan trend yang sedia ada. Trend ini sedang berkembang seperti pakaian kerja bergaya dengan sentuhan yang menyeronokkan. Corpcore sebenarnya estetika yang berakar kukuh dalam pakaian pejabat tahun 1990-an. Bayangkan watak utama kegemaran anda dari drama undang-undang tahun 90-an seperti Calista Flockhart dalam Ally McBeal atau Lara Flynn Boyle dalam The Practice. Pengayaan ini melibatkan sut skirt atau seluar kerja, kemeja butang, dan kasut yang memberi isyarat bahawa mereka serius.

Office Siren

Salah satu trend fesyen yang jatuh di dalam kategori corpcore ialah office siren. Gaya office siren seringkali menjadi estetika lebih-lebih lagi untuk Gen Z kini. Bergerak daripada estetika anak gadis seperti coquette dan balletcore, gadis ini kini sudah membesar ke alam pekerjaan. Skirt pensel yang ketat, kemeja butang yang menonjolkan décolleté dengan bantuan bra push-up, dan cermin mata Bayonetta. Persis seperti watak Gisele Bündchen dalam filem The Devil Wears Prada. 

@.dot.ed1tor

MACHUCA || THE office siren || she was so good in her 15 seconds of screen time! || scp: megawrld_ on ig || cc: @ru *ੈ✩⋆₊⋆ || tags: #thedevilwearsprada #devilwearsprada #dwp #annahathaway #giselebundchen #gisele #model #fashion #aesthetic #horsewalk #brazil #fashiontiktok #fashionmodel #film #movie #fyp #edit #edits #doteditor

♬ original sound – dot editor🪩

Selebriti Yang Menggayakan Corpcore Dan Office Siren

Kod pakaian 9-5 ini telah menerima sentuhan menggoda oleh selebriti-selebriti yang handal bergaya. Fikirkan almari pakaian monokrom yang bergaya, siluet yang direka khas, dan gantikan kanta lekap dengan sepasang cermin mata yang berwarna apabila ingin menggunakan gaya corpcore ini. Mungkin diinspirasikan oleh gaya Y2K yang diilhamkan oleh koleksi musim luruh 2000 Ralph Lauren dan Calvin Klein, mari lihat selebriti yang pernah menggayakan gaya ini.

Kate Middleton

Salah seorang selebriti global yang telah menyertai trend ini ialah Kate Middleton, Puteri Wales. Pada musim luruh ini, dia telah beberapa kali digambarkan dengan penampilan korporat yang kemas, sambil menggabungkan elemen yang menyeronokkan dalam pakaiannya. Contohnya, dia pernah dilihat mengenakan blazer merah atau t-shirt putih yang dilapiskan dengan sut berwarna camel. Pakaiannya dilengkapkan dengan sempurna menangkap intipati estetika corpcore. 

Bella Hadid 

Dikenali sebagai seorang trendsetter, Bella Hadid tidak pernah ketinggalan dalam mengikut trend ini bahkan, dia juga antara yang pertama menggayakan corpcore. Hadid pernah dilihat menggantikan cermin mata Bayonetta yang langsing dengan sepasang bingkai yang lebih tebal dan old school. Walaupun perubahan berat bingkai Hadid mungkin kelihatan seperti penyimpangan estetik kecil, ini sebenarnya berita fesyen besar.

Janhvi Kapoor 

Aktres dari India ini baru-baru ini membuat keputusan fesyen yang berani dengan memilih koleksi Resort 2025 Balmain sebagai pakaiannya dengan mengenakan gaun tuxedo berona hitam putih. Gaun tersebut menampilkan label jenama itu dengan ketara di bahagian hadapan. Busana itu dilengkapi dengan hip button, belahan di bahagian bawah, dan flap poket yang menggabungkan struktur jaket dengan keanggunan gaun tersebut. 

Dakota Fanning

Sut kuning canary yang manis yang dipakai aktres berusia 30 tahun di New York ketika mempromosikan projek terbarunya, The Watchers ini menggabungkan dua trend fesyen terbesar tahun lalu. Gabungan trend quiet luxury dan lemon girl yang digayakan oleh Dakota Fanning ini juga kelihatan corpcore. Sut musim panas pastel yang manis ini membawa kelebihan bilik mesyuarat kepada pakaian tetapi tetap tanpa usaha dan mesra dengan gaya peribadi Fanning. 

corpcore