4 Stail Mom To be Hailey Bieber Pilihan GLAM
Seperti yang kita sudah ketahui pada bulan Mei, apabila Hailey Bieber telah mengumumkan bahawa dia dan suaminya Justin bakal menimang cahaya mata pertama mereka bersama.
Hampir seminggu selepas mengumumkan kehamilannya, Hailey Bieber telah memberikan gambaran pertama tentang gaya ‘mom to be‘ yang unik. Pengasas jenama kecantikan, Rhode melangkah keluar bersama suaminya Justin di Los Angeles, kelihatan bergaya bersama-sama. Pendekatannya untuk bereksperimen dengan menggabungkan pelbagai corak dan rona telah menghasilkan penampilan yang bukan sahaja unik tetapi juga dinamik. Jom cedok empat inspirasi gaya wanita ini!
Berikut Ialah 4 Stail Mom To be Hailey Bieber Pilihan GLAM
1. Klasik T-Shirt
Dalam tangkapan Instagram ini, model dan pengasas Rhode itu memakai kemeja-T putih klasik bersama denim yang terbuka di bahagian perutnya, lalu dipadankan dengan topi kait berona merah. Keseluruhan stail ini adalah pilihan praktikal untuk penampilan mom to be yang ingin berfesyen dengan selesa. Dalam gaya Hailey Bieber yang sebenar, dia mengekalkan seluruh penampilannya yang sangat sederhana dan memakai solekan yang minimum.
2. Gaya Asimetri
Untuk penampilan keduanya pada hari itu, Hailey menggayakan dress mini putih sutera yang menyerlahkan lagi bentuk baby bump. Reka bentuk asimetri menampilkan turtleneck dan skirt yang menjejak ke satu sisi. Pengasas kecantikan dan model antarabangsa itu memadankan penampilan tersebut dengan kasut tumit tinggi dan beg tangan berona hitam.
3. Bodycon Beige
Untuk stail elegan ini, Hailey menggayakan gaun bodycon berona beige dan sisarungkan bersama oversized blazer. Kombinasi yang tidak terhenti disitu, Hailey juga memadankan gaya tersebut dengan pumps berkulit buaya dan beg berwarna karamel.
4. Klasik Hitam
Penampilan ini menampilkan gaya rugged yang moden mengikut perederan trend terkini. Hailey kelihatan menggayakan lace floral catsuit bersama kot kulit hitam yang panjang menjadikan kombinasi penampilan ini sempurna. Dia juga menambah aksesori cermin mata hitam bujur dan beg top-handle hitam bersaiz kecil.
Artikel berkaitan: 5 Gaya Pentas Ernie Zakri Pilihan GLAM