Samsung Galaxy Watch7 & Galaxy Watch Ultra Miliki Pelbagai Aplikasi Hebat!
galaxy watch

Samsung Galaxy Watch7 & Galaxy Watch Ultra Miliki Pelbagai Aplikasi Hebat!

Buat anda yang inginkan pengalaman penjejakan kesihatan dengan lebih terperinci, Samsung Galaxy Watch 7 dan Galaxy Watch Ultra ada solusinya.

Apakah lagi yang menarik diperkenalkan Samsung pada tahun 2024 ini? Ya, sudah tentu rangkaian Galaxy Watch yang paling dinanti-nantikan ramai selain daripada siri telefon pintar serba versatil mereka. Minggu lalu Samsung Electronics Co., Ltd. mengumumkan pelancaran Galaxy Watch7 juga Galaxy Watch Ultra, hadir dengan kuasa Galaxy AI yang lebih berkembang dan mampu memberi pengalaman perjalanan kesihatan terbaik dan penuh terperinci sesuai buat pengguna semua peringkat umur.

Penambahan baharu pada portfolio jam tangan pintar mereka ini adalah teras kepada visi Samsung dalam Galaxy AI untuk meningkatkan kesihatan digital, menyampaikan cerapan yang diperibadikan dan pengalaman kesihatan yang disesuaikan yang membolehkan pemahaman yang lebih menyeluruh tentang diri anda melalui pendekatan holistik untuk kesihatan harian. Mendapatkan maklumat yang tepat, terperinci dan lanjutan tentang kesihatan diri adalah faktor utama dalam proses ini, dan inovasi sensor terkumpul Samsung pada Galaxy Watch7 dan Galaxy Watch Ultra membantu menghidupkan visinya. Galaxy Watch7 memaksimumkan kesihatan harian dengan senaman yang diperibadikan bersama-sama dengan keupayaan pemantauan kesihatan yang bijak dan pencegahan.

Menurut TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Mobila eXperience Samsung Electronics,

“Terkini dalam koleksi peranti boleh pakai kami menggabungkan teknologi dan inovasi paling canggih dari Samsung, membolehkan anda mengambil alih kesihatan dan kesejahteraan dengan penyelesaian penjagaan kesihatan pencegahan.”

See also
Jada Pinkett Smith & 5 Lagi Jelitawan Yang Menghidap Alopecia

Tambahnya lagi,

“Kepintaran, panduan, dan pandangan yang ditawarkan oleh Galaxy Watch7 dan Galaxy Watch Ultra akan membantu pengguna menukar data kepada pandangan yang bermakna dan mencipta era baru pengalaman kesihatan pintar yang lebih luas.

Dekati Galaxy Watch7

Galaxy Watch

Galaxy Watch7 direka untuk membantu anda memahami diri anda secara menyeluruh. Ia mampu memotivasikan anda untuk mencipta hari-hari yang lebih sihat dengan lebih banyak cara demi menyokong kesejahteraan harian. Anda boleh mengesan lebih 100 jenis senaman dengan tepat dan membina rutin dengan menggabungkan pelbagai latihan menggunakan Workout Routine. Dengan ciri seperti Race, ia dapat membandingkan prestasi semasa dan selepas dalam masa nyata untuk mengesan kemajuan tubuh badan anda. Selain itu, gambaran lengkap tentang badan dan kecergasan anda menerusi ciri Body Composition juga terdapat di dalam jam pintar ini untuk anda memahami tubuh dengan lebih terperinci lagi.

Selain AI Algorithm canggih yang baru untuk analisis tidur, ia juga menerima bacaan masa secara langsung dan amaran untuk kadar denyutan jantung yang terlalu tinggi atau rendah dengan pemantauan melalui Heart Rate, dan dapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang kesihatan jantung anda dengan pemantauan Electrocardiogram (ECG) dan Tekanan Darah (BP).

Sudah tentu setiap pemantauan yang dilakukan oleh ciri yang terdapat di dalam jam pintar ini dikuasakan oleh Sensor BioActive yang dinaiktaraf dan menawarkan ketepatan yang lebih tinggi. Dan buat pertama kalinya, Galaxy Watch7 membolehkan anda menjejaki produk akhir glikasi maju (AGEs) dengan mudah terus dari pergelangan tangan anda dengan AGEs Index. Dipengaruhi secara kuat oleh diet dan gaya hidup, AGEs mencerminkan proses penuaan biologi keseluruhan anda dan memberikan petunjuk tentang kesihatan metabolik.
Menampilkan reka bentuk bulat, desain ikonik Samsung, Galaxy Watch7 membolehkan anda menyelaraskan gaya peribadi anda dengan pelbagai pilihan tali jam baru, termasuk rekaan seperti ripple dan tali dengan jahitan berwarna-warni. Selain itu, anda kini boleh membalas mesej dengan mudah menggunakan ciri Suggested Replies, yang mencadangkan respons yang sesuai dengan menganalisis perbualan terdahulu melalui Galaxy AI. Dengan Double Pinch Gestures, kawal Galaxy Watch menggunakan telefon pintar Galaxy. Lebih menarik lagi, anda boleh gunakan Samsung Wallet untuk semua urusan, dari pembayaran hingga akses ID Digital. Galaxy Watch7 hadir dalam dua jenis saiz iaitu, 40mm dan 44mm. Galaxy Watch7 bersaiz 40mm boleh didapati dalam warna Green juga Cream, manakala Galaxy Watch7 44mm hadir dengan warna Green dan juga Silver.

Galaxy Watch Ultra, Jam Pintar Paling Berkuasa Generasi Terbaru

Galaxy Watch

Berdasarkan ciri pemantauan kesihatan canggih dan perkakasan berkuasa di dalam Galaxy Watch7, Galaxy Watch Ultra kini dicipta menjadi tambahan terbaru dan paling berkuasa di dalam koleksi Galaxy Watch. Ia membuka pengalaman kecergasan yang lebih hebat untuk pencapaian tahap seterusnya dengan kepintaran dan keupayaan paling maksimum. Masih mengekalkan legasi reka bentuk jam bulat Galaxy Watch, desain kusyen baru meningkatkan perlindungan manakala ciri Sistem Lug Dinamik mampu memberikan keselesaan berganda buat pengguna.

See also
Set Krimas Premium dengan Kerjasama Cassey Gan dan Oh Cha Matcha

Keupayaan premium yang dibina dari segi ketahanan ini adalah disebabkan oleh penggunaan bingkai rangka Titanium Gred 4 dengan ketahanan air sedalam 10ATM. Selain itu, Galaxy Watch Ultra beroperasi pada julat altitud yang lebih luas, dari 500 meter di bawah paras laut hingga 9,000 meter tinggi dan boleh menjejaki pengalaman kecergasan yang lebih advanced seperti berenang di lautan hingga berbasikal dalam persekitaran yang luas dan ekstrem.

Apa yang membuatkan kami lebih tertarik pada jam pintar Galaxy Watch Ultra ini adalah pada penambahan Quick Button yang memiliki pelbagai fungsi hebat. Selain dapat menyegerakan serta mengawal aktiviti senaman dan keperluan harian anda, butang ini turut mengaktifkan Siren Kecemasan bertujuan untuk keselematan. Ia sesuai buat anda gunakan saat melakukan aktiviti esktrem seperti mendaki.

Galaxy Watch Ultra kini hadir dalam satu saiz iaitu 47mm size dalam warna Dark Gray, Titanium juga White. Galaxy Watch7 dan Galaxy Watch Ultra akan boleh dibeli secara pra-tempahan di Malaysia bermula 10 Julai 2024, dan kemudian boleh beli secara fizikal bermula pada 24 Julai 2024.

See also
10 Superwomen Malaysia yang Melakar Nama ke Persada Antarabangsa

Untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang Galaxy Watch7 dan Galaxy Watch Ultra, anda boleh meluangkan masa untuk melawat laman rasmi Samsung di Samsung Newsroom, samsungmobilepress.com, atau samsung.com