Eksklusif: Diari Cantik GLAM Bersama Julie Anne Kang
Julie Anne Kang

Eksklusif: Diari Cantik GLAM Bersama Julie Anne Kang

Isu kali ini GLAM menampilkan Julie Anne Kang, pempengaruh digital yang amat mencintai dunia kecantikan. Selain itu, dia juga merupakan Pengasas Bersama jenama Kulet. Ayuh kenali wanita ini dengan lebih dekat lagi. 

1) Apakah produk kecantikan premium yang menjadi kegemaran anda buat seketika ini?

Produk premium yang saya paling suka buat seketika ini adalah Hermesistible Lip Oil. Ia terasa ringan pada bibir sambil memberi penghidratan dan tidak melekit.

Julie Anne Kang

2) Tips dalam mengekalkan kulit muka yang tampak sihat?

Saya konsisten dan tidak pernah tinggalkan rutin membersih setiap malam. Tapi sejujurnya, jika anda mempunyai masalah kulit, memang penting untuk dapatkan rawatan daripada dermatologist kerana bagi saya sukar untuk dapatkan produk yang memberi keajaiban. So I always refer with my dermatologist.

3) Definisi cantik pada Julie Anne Kang?

Kecantikan sebenar datang dari dalam. Seseorang yang mempunyai kecantikan sebenar mempunyai personaliti yang sangat baik dan hebat untuk dipadankan.

Julie Anne Kang

4) Apa produk kecantikan premium yang anda pernah beli tetapi tidak pernah guna?

Julie Anne Kang is a real beauty junkie! Saya suka cuba pelbagai gajet elektronik kecantikan seperti micro-current or led light therapy. Namun, satu produk kecantikan elektronik yang saya kurang minat dan tidak lagi guna adalah electric cleansing brush. Ianya terlalu kasar untuk kulit muka saya.

See also
Cedok Inspirasi Gaya Rambut Selebriti Pilihan GLAM

5) Minyak wangi semestinya perkara yang essential. Apakah pilihan minyak wangi anda?

Floral Street in Sunflower Pop. Saya memang menyukai aroma bright and refreshing scents. Makes me feel in a such a good mood!

6) Apa trend kecantikan yang nampak mahal bagi anda?

Understated & timeless look. Bagi saya, ia trend kecantikan yang sememangnya nampak mahal.